Permainan video bantu cegah buta

Permainan video bantu cegah buta

Sebuah permainan video dari Jepun dicipta untuk mengukur jarak penglihatan pengguna dan membantu mengesan glaukoma iaitu keadaan serius yang boleh menyebabkan masalah buta, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Saintis-saintis di Fakulti Siswazah Perubatan Universiti Tohoku bekerjasama dengan stesen televisyen Jepun, Sendai Broadcasting untuk mencipta permainan khas tersebut yang boleh membantu meningkatkan tahap penglihatan pengguna.



Permainan video dinamakan Meteor Blaster itu tidak menyembuhkan masalah rabun, namun boleh mengesan gejala awal glaukoma dan membantu mencegah buta. Pengguna hanya perlu bermain selama sekurang-kurangnya lima minit.

Ia merupakan permainan video menembak di angkasa lepas, di mana matlamatnya adalah untuk meletupkan meteor sambil mengumpul kuasa dalam bentuk bola cahaya putih.

Data menunjukkan bahawa glaukoma adalah penyebab masalah buta nombor satu di Jepun. Dianggarkan kira-kira 4.65 juta penduduk negara itu mengalami glaukoma, tetapi kira-kira 90 peratus daripada mereka tidak pergi ke hospital sehingga keadaan sudah terlambat.

Usaha meyakinkan orang ramai untuk memeriksa penglihatan mereka untuk glaukoma terbukti menjadi tugas yang sukar, justeru, saintis terpaksa mencari cara yang tidak konvensional untuk menangani isu itu.



“Bermain permainan video dikatakan memburukkan mata anda tetapi kami mengubah idea itu dan berusaha membangunkan permainan untuk kesihatan mata,” kata jurucakap yang bertanggungjawab di Bahagian Perniagaan Baharu Sendai Broadcasting.

Dengan permainan video mudah alih yang menjadi trend pada masa kini, pakar berharap Meteor Blaster dapat membuat perubahan nyata dan membantu mencegah keadaan kesihatan yang serius. K Online

Permainan video bantu cegah buta


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dah bagi Signal Pun Kena Tendang (Video)

Saya tak sekeji dakwaan Puteri Balqis



Ayda Jebat kahwin kerana harta Nabil?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker