Skandal pemain England dengan ‘kekasih gelap’

SEBUAH kelab utama Liga Perdana dikatakan membantu pemain untuk menutup mulut ‘kekasih gelap’.

LONDON: Sebuah kelab ternama Liga Perdana Inggeris (EPL) dilaporkan telah membantu pemainnya, yang merupakan bintang England untuk menutup mulut kekasih gelapnya menerusi satu perjanjian yang tidak didedahkan.

Kelab tersebut terpaksa campur tangan melakukan rundi­ngan bagi mengelak skandal pemain itu terbongkar.

Kekasih gelapnya diarah memadam semua gambar dan mesej yang dihantar pemain berkenaan, dan sebagai pampasan, wanita itu dibayar 20,000 pound (RM109,380).

“Sebuah kelab besar tidak sepatutnya menghalang hak seorang wanita yang tidak berdaya daripada bersuara.



“Situasi ini membuatkan banyak pihak tidak senang,” dedah seorang wanita yang juga kenalan kepada skandal pemain bola itu.

Akhbar Britain, The Sun mendedahkan seorang pemain bola sepak kebangsaan England yang sudah berkahwin mempunyai hubungan sulit dengan seorang ibu tunggal.

Pemain Three Lions itu bimbang apabila isterinya mengesyaki perbuatan itu, dan cuba mendapatkan ­khidmat guaman bagi menutup mulut kekasih gelapnya.

Bagaimanapun tindakannya menggunakan perjanjian ke­rahsian (NDA) membawa padah apabila dikritik oleh ahli kempen anti keganasan ketika Majlis Pertubuhan Pertolongan Wanita (Women’s Aid). – AGENSI



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



 

Sol serabai, bini no. 2 tak reti jaga ke, soal netizen

Azwan suruh Aaron maki saja dua orang tu



PRN: PH-BN capai kata sepakat, penyandang kekal bertanding



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker