Isteri maut ditikam suami kerana cemburu

Isteri maut ditikam suami kerana cemburu

Seorang wanita mati ditikam suaminya yang dipercayai berpunca daripada rasa cemburu, dalam kejadian di sebuah gerai sayur di Kota Kinabalu, semalam.

Pembantu kedai berusia 38 tahun itu disahkan meninggal dunia, selepas dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I dalam keadaan parah kira-kira 1.30 tengah hari.



Difahamkan, kejadian itu disedari orang awam sebelum memaklumkan polis.

Pemangku Ketua Polis Kota Kinabalu, Kalsom Idris berkata siasatan awal mendapati mangsa didatangi suspek ketika membantu kakaknya menjual sayur di kawasan itu.

Katanya, suspek menikam bahagian belakang mangsa beberapa kali sebelum melarikan diri.

“Wanita yang parah itu kemudian dibawa ke hospital dengan ambulans, namun mangsa disahkan meninggal dunia pada 2.21 petang,” katanya menurut Harian Metro.



Kalsom berkata, suspek ditahan di Jalan Kepayan pada 8.30 malam oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu.

“Polis menyelesaikan kes ini tidak sampai 24 jam dan motif kejadian dipercayai akibat cemburu. Sebilah pisau turut dirampas di lokasi kejadian yang dipercayai digunakan suspek ketika kejadian.”

Katanya, suspek yang juga warga asing itu direman untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. FMT

Isteri maut ditikam suami kerana cemburu



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak



Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker