#PRNMelaka2021: Calon Melayu DAP, Dari Pemandu Van Kilang Kepada Kerani Khidmat Pelanggan

Oleh Megat Terawih

Menjadi wakil rakyat samada adun atau pun ahli parlimen tidak semestinya perlu belajar tinggi. Sudah banyak contoh, dari yang tidak lulus PMR atau Sijil Rendah Pelajaran pun ada yang menang pilihanraya dan menjadi wakil rakyat.

Persoalannya adalah setelah menjadi wakil rakyat, apakah individu yang tidak berpelajaran mampu memahami aspirasi rakyat pelbagai golongan dan mampu ‘bercakap’ dengan nada yang sama dengan rakyat yang mempunyai pelbagai latar belakang?



PRN Melaka 2021 sekali lagi DAP menampilkan calon Melayu. Kali ini yang mempunyai ijazah tetapi hanya bekerja biasa-biasa sahaja seperti yang tertera di CV beliau. Mungkin kerana ijazahnya hanya biasa-biasa dan DAP tidak bantu untuk mendapatkan kerja lebih bagus walaupun beliau begitu aktif bersama DAP dan menjadi pegawai khas kepada salah seorang YB DAP.

Bagi DAP, latar belakang apa pun tidak penting kerana yang utama adalah muka Melayu yang sokong parti DAP kononnya parti tersebut adalah parti berbilang bangsa. Berbeza pula di peringkat pusat, anda boleh lihat sendiri siapa lebih dominan. Lembu yang boleh dicucuk hidung hanya setakat YB sahaja dan bukannya sehingga ke peringkat pusat.

Paling mustahak, semua wakil rakyat wajib akur dengan Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng. Apa sahaja arahan Lim’s maka wajib dipatuhi. Terpulanglah kepada rakyat Melaka untuk memilih siapa wakil rakyat yang bakal membawa rintihan mereka di sidang DUN atau wakil rakyat boneka yang hanya melayan nafsu pemimpin mereka dan menjadikan rakyat nombor dua.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker