Runner Wanita Kapit Kini Terlantar Akibat COVID-19

KAPIT: Ketika negara ini diancam COVID-19, wanita ini tampil meminjamkan badannya untuk menjadi penghubung kepada masyarakat di Kapit dan Song, Sarawak mendapatkan keperluan asas.

Jenny Tawan bukan sahaja seorang isteri dan ibu yang cekal, tetapi juga wirawati penduduk di Kapit.

Hujan, panas, dan banjir diredah ibu kepada dua anak ini bagi memastikan keperluan masyarakat yang pada waktu itu tidak dapat keluar ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau sekatan pergerakan sampai ke tangan mereka.
Namun, hampir setahun menjadi ‘runner’, wanita hebat itu kini tidak dapat meneruskan perjuangan murni itu, apabila dia ‘tumbang’ akibat virus jahat COVID-19 sejak 10 hari lalu.

Wartawan Astro AWANI, Nuzuluddin Abdul Razak yang mahu bertanya khabar Jenny menerusi aplikasi WhatsApp terkejut dengan perkhabaran itu.



“Saya di Hospital Kapit ini kerana positif COVID-19. Saya demam, sesak nafas dan kekurangan oksigen dalam badan hingga pengsan,” balasnya kepada pemberita.

Jenny kini mendapatkan rawatan di Hospital Kapit.

Jenny kini mendapatkan rawatan di Hospital Kapit.

Jenny mula menjadi penghuni wad rawatan COVID-19 sejak 23 April lalu memberitahu, suaminya juga disahkan positif dan kini ditempatkan di Dewan Suarah Kapit yang merupakan Pusat Kuarantin dan Berisiko Rendah (PKRC).

Menceritakan lanjut, anak Jenny yang berusia 16 tahun kini memikul amanah menjaga adiknya berusia empat tahun yang disahkan negatif dan menjalani kuarantin kendiri di rumah.



“Abang dialah yang mengasuh adiknya. Dia masih kecil masih perlukan saya dan ayah dia. Tapi saya yakin mereka lebih kuat daripada saya,” katanya lagi.

Jenny sempat membuat panggilan video dengan anak bongsunya.

Jenny sempat membuat panggilan video dengan anak bongsunya.

Ditanya dari mana dipercayai dijangkiti itu bermula, Jenny tidak menolak kemungkinan ia selepas dia dan suami berkunjung ke rumah panjang mentua di Kampung Sayur Jalan Bukit Goram, Kapit.

Katanya, selepas kunjungan itu, pihak Pejabat Kesihatan Kapit telah mengumumkan terdapat lebih 50 individu di rumah panjang tersebut telah dijangkiti virus berkenaan dan sedang menerima rawatan susulan di PKRC dan hospital.



Dari situlah bermulanya mimpi ngeri Jenny sekeluarga. Dia dan suami penyumbang kepada 585 kes positif di Bahagian itu dalam tempoh 14 hari lalu.

Jenny sempat membuat panggilan video dengan anak bongsunya.

Jenny sempat membuat panggilan video dengan anak bongsunya.

Apa yang diharap, doa semua pihak untuk memastikan dia dan suami kembali sembuh demi keluarga serta dua anak tersayang.

“Ini perjuangan baharu bagi saya, perjuangan untuk kekal kuat, bersemangat dan menentang habis-habisan virus ini,” katanya.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker