Netizen Dakwa Hilang Respek Dengan Siti Nurhaliza, Kecil Hati Isu SOP

Penyanyi tersohor negara, Dato Sri Siti Nurhaliza sekali lagi menjadi tumpuan apabila menjadi mangsa kecaman netizen di media sosial berikutan menjemput Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan beberapa pendakwah bebas termasuk dari negeri lain ke majlis tahnik anak lelakinya, Muhammad Afwa, baru-baru ini.

Netizen Kecewa Dengan Siti

Gara-gara foto yang dikongsi Siti di laman Instagram nya, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa selain akui turut rasa hilang hormat selepas mengadakan majlis berkenaan.



Pertikai Kebenaran Ustaz Azhar Idrus

Sudah tiga kali dia ajak saya pergi rumah dia, saya seganlah sebab dia pernah ziarah saya lebih dua jam sebelum ini.

Jadi saya hadir sebagai balas jemputan dia dan saya janji pergi (majlis tahnik) lepas tarawih.

Ermm gi tu orang masih ada lagi…pah ngan aku kena (kecam),” ujar Ustaz Azhar

Selain mempertikaikan kebenaran rentas negeri yang diperoleh oleh Ustaz Azhar Idrus, mereka turut terkilan kerana Siti boleh mengadakan majlis seumpama berkenaan sekaligus disifatkan seperti tidak sensitif dengan keluhan masyarakat.

Dalam perkembangan berkaitan, dalam kuliahnya yang terkini Ustaz Azhar menjawab segala tohmahan netizen terhadap kehadirannya ke rumah selebriti itu. Menurutnya, dia sudah lama berkawan dengan suami Siti, Datuk Khalid Mohd Jiwa dan dia melahirkan rasa segan apabila tidak memenuhi jemputan Khalid.-Murai

Tular ramai melawat Siti Nurhaliza di hospital, Asyraf Khalid mohon maaf



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker