Ahmad Jazlan dilantik semula Pengerusi FELCRA

Ahmad Jazlan dilantik semula Pengerusi FELCRA

Bekas Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub akan dilantik semula sebagai Pengerusi FELCRA.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kehendak perwakilan Koperasi Peserta-Peserta Malaysia Berhad.



Beliau berkata, biarpun Kabinet memutuskan supaya semua jawatan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditamatkan, atas kehendak ahli koperasi itu, pertimbangan bagi lantikan semula itu diberikan.

“Saya tak boleh untuk tak setuju untuk memberikan kepercayaan semula kepada Datuk Ahmad Jazlan. Dengan ini saya mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (Datuk Ramlan Harun) untuk mengeluarkan surat pelantikan semula dengan sesegera yang mungkin, tertakluk kepada persetujuan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

“Menteri sudah bersetuju atas arahan Timbalan Perdana Menteri. Tidak mustahilah Datuk KSU segera menyempurnakan lantikan semula itu,” katanya pada Majlis Sambutan 40 Tahun serta Mesyuarat Agung Perwakilan Kali ke-40 koperasi berkenaan malam ini.

Ahmad Zahid berkata, Ahmad Jazlan sebelum ini antara pengerusi GLC lantikan politik yang sudah menamatkan perkhidmatannya sebagai Pengerusi FELCRA, susulan pembentukan kerajaan baru, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.



FELCRA Berhad pada 3 Oktober tahun lalu mengumumkan pelantikan Ahmad Jazlan sebagai pengerusi baharunya.

Lembaga Pengarah FELCRA Berhad berkata, pelantikan Ahmad Jazlan, 58, langkah strategik bagi memacu komitmen pengurusan tertinggi dalam menjayakan pelan transformasi dan hala tuju ke arah kelestarian syarikat.

Sementara itu, media sebelum ini melaporkan, memetik surat ditandatangani Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki, semua perkhidmatan pengerusi dan ahli lembaga pengarah di bawah kuota lantikan politik akan ditamatkan dengan serta-merta.

Menerusi surat berkenaan, penamatan itu membabitkan jawatan bagi badan berkanun persekutuan, syarikat menteri kewangan (diperbadan), syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC). BH



Ahmad Jazlan dilantik semula Pengerusi FELCRA


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’



Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker