Inkues Adib : mengapa Peguam Negara dan Perdana Menteri menggunakan alasan konflik kepentingan ini?

oleh Ab Jalil Backer

Menurut alasan terbaharu kerajaan PH, Syazlin diarahkan menarik diri dari menjadi peguam pemerhati KPKT kerana beliau juga mewakili keluarga Adib.

Perdana Menteri dilaporkan berkata, “peguam itu (Syazlin) mewakili dua pihak yang bertelingkah. Jadi setidak-tidaknya harus menarik diri dari menjadi peguam bagi pihak kerajaan.”

Tampaknya pendirian terbaharu kerajaan ialah keluarga Adib perlu urus sendiri proses memastikan kepentingan Adib dalam inkues terpelihara.



Adib adalah anggota bomba di bawah KPKT yang terkorban ketika bertugas. Mudahnya kerajaan lepas tangan terhadap anggota keselamatan negara yang bertugas.

Persoalan lebih penting mengapa Peguam Negara dan Perdana Menteri menggunakan alasan konflik kepentingan ini?

Inkues sepatutnya proses mencari kebenaran punca kematian. Semua pihak dalam inkues membantu Hakim Mahkamah Sesyen yang bertindak sebagai Koroner untuk membuat keputusan yang tepat menentukan punca kematian.

Pihak mana yang bertelingkah dalam inkues? Pertelingkahan hanya boleh berlaku jika ada pihak sudah membuat pendirian atas isu yang dibincangkan.



Apakah Kerajaan dan Pejabat Peguam Negara telah membuat keputusan mengenai punca kematian Adib sebelum diadakan inkues?

Untuk yang tidak faham juga inkues adalah siasatan mengenai kematian. Hakim tidak boleh menamakan pihak yang bertanggungjawab atas kematian.

Beliau hanya boleh membuat keputusan mengenai punca kematian.

Jadi inkues ini membabitkan pertelingkahan dengan pihak mana sedangkan ia tidak membabitkan mana-mana tertuduh.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker