Takkanlah Tarif Naik TNB Pulak Yang Salah, Kerajaanlah Kan?

Share

oleh Ahnad Faiz

Semua orang tahu TNB adalah sebuah GLC – kerajaan punyalah tu maksudnya, pusing macam mana pun. Bukti banyak, sebab itu dulu ketika Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri, asal bil letrik naik, beliau akan disalahkan.

Najib bukan orang yang pergi rumah ke rumah ambik bacaan meter pun tapi tetap beliau yang salah pasal TNB kerajaan punya. Siap ada buat Kungfu dan karang posting Panjang-panjang masa tu di FB menyalahkan Najib.


Benda naik kat kedai runcit dan warung tepi jalan pun Najib yang salah, takkanlah bila bil elektrik naik, Najib tak salah ye tak?

Takpe, kita terima dan Najib pun dah kalah PRU14 – antara lain sebab inilah, semua kenaikan dikaitkan dengan beliau.

Jadi kenapa bila sekarang bila bil elektrik naik mencanak, TNB pulak yang disalahkan? Kalau pun taknak salahkan PM7 macam Najib kena dulu, boleh je salahkan Menteri atau kerajaan, tak gitu?


Usahlah tunjuk hipokrit sangat, rakyat dah muak dah. Sudah-sudahlah menipu tu, bulan puasa ni. Sebelum menang menipu, 100 hari menipu, sekarang pun nak menipu lagi?

Be a man. Berani lah sikit. Macam-macam keistimewaan dapat bila dah ada jawatan atas duit rakyat, tapi tanggungjawab tak berani nak ambik.

Semua orang tahu dari tahun lepas pun tarif elektrik dah naik dan ada subsidi yang dihapuskan jadi apa nak hairan bila bil naik pulak? Apa alasan naik tu cerita lain tapi naikklah halnya. Ke ada formula baru dah sekarang kalau tarif naik bil tak naik?


Itu pun susah nak mengaku, apa yang ditakutkan sangat? Habis-habis kalah pilihanraya saja ye tak? Macam tak biasa jadi pembangkang.

Leave a Reply