Kerajaan PH Jangan Aniaya Rakyat, Segerakan Duit Raya Felda, dividen RISDA, Felcra

Aidilfitri hanya berbaki kurang seminggu namun harapan warga peneroka khususnya di tanah rancangan Felda, RISDA dan Felcra di seluruh negara untuk menerima duit raya dari kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih terbiar tinggal harapan.

Sehubungan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO mendesak agar Kerajaan PH segera membuat bayaran sebelum tiba Hari Raya dan jangan terus-terusan menganiaya masyarakat golongan luar bandar ini.

Berikut kenyataan penuh beliau sebagaimana yang disiarkan melalui laman Facebooknya hari ini:

1. Ramadan yang telah masuk 10 akhir ini menceritakan pelbagai situasi dan keadaan rakyat secara hakikatnya dengan jelas.Saya bertemu rakyat ketika berbuka puasa.Bertanya khabar peniaga Pasar Ramadan secara terus dan bertandang dengan peneroka,pekebun kecil dan rakyat luar bandar selepas terawih dan moreh.

2. Saya menerima pelbagai rasa dan perkongsian dari hati rakyat luar bandar di kampung tradisional, peneroka di tanah-tanah Rancangan Felda, RISDA dan Felcra menceritakan tiada lagi riuh meriah untuk menyambut Syawal kali ini. Dentuman bunga api tiada lagi kali ini secara tak langsung menghilangkan kemeriahan raya yang bakal disambut tak berapa hari lagi.

3. Kalau di tanah rancangan Felda, peneroka berdepan pendapatan rendah kerana harga sawit antara RM300 hingga RM350 setiap tan (buah tandan segar), namun setelah ditolak pelbagai hutang, maka pendapatan bersih peneroka hari ini sekitar lebih kurang RM500. Malah ada yang hanya berbaki serendah RM50 sahaja.
Duit raya dan bonus yang kebiasaan mereka dapat setiap tahun sebelum hari raya nampaknya tidak mungkin akan mereka peroleh.

4. Pekebun kecil RISDA pula kebiasaannya akan mendapat bayaran dan agihan dividen untuk program Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) selepas minggu kedua bulan puasa setiap tahun juga masih tidak ada khabar berita.Pekebun Kecil Risda ini kebiasaannya memiliki tanah seluas 1 hingga 7 ekar dan dividen mereka dibayar kebiasaannya RM850 per ekar.Pembayaran dividen ini masih lagi tidak diputuskan sama akan berlaku pembayaran atau pun tidak.Mereka menanti dalam sedih keputusan kerajaan PH kali ini.

5. Untuk Felcra pula kebiasaannya Kerajaan BN dahulu akan membayar Dividen Interim sebelum raya untuk meringankan persiapan menyambut raya.Purata peneroka Felcra yang memiliki keluasan tanah minimum 5 ekar dengan Dividen Interim sebanyak RM1,000 dan maksimum 10 ekar dengan bayaran Dividen Interim sebanyak RM2,000.Sehingga hari ini Felcra masih tidak mengumumkan apa-apa bayaran dividen tahunan seperti sebelum ini.

6. Jelas bahawa masyarakat dan rakyat luar bandar khususnya tanah-tanah rancangan sedang bergelut dengan kekangan kewangan di hari-hari akhir ramadhan ini untuk menyambut raya dan Syawal.Kesan dari masalah kewangan golongan ini turut menjejaskan peniaga Pasar Ramadan yang saya sendiri temui apabila tidak ramai orang keluar ke pasar ramadhan tahu ini.

Apabila saya bertanya kepada penganjur Pasar Ramadan pula mereka menyatakan jumlah peniaga tahun ini juga berkurangan berbanding tahun-tahun sebelum ini yang berniaga juadah sepanjang ramadhan. Peniaga kehilangan pendapatan kerana kuasa beli dari masyarakat luar bandar menurun.Pasar Ramadan tahun ini tidak meriah kata mereka.”Buat sikit pun tak habis”.

7. Saya melihat sendiri senario yang berlaku ini dengan rasa insaf dan sedih.Kerajaan PH harus lakukan sesuatu dalam Ramadan yang berbaki tidak berapa hari lagi sebelum tiba Hari Raya Aidil Fitri.

8. Sebagai Ketua Pembangkang dan mewakili rakan Pembangkang lain saya menggesa agar Kerajaan PH melalui agensi-agensi seperti Felda,Risda dan Felcra membuat bayaran-bayaran perlu kepada peserta mereka demi membantu mereka menyambut hari raya nanti.

9. Kami mendesak agar Felda membuat pembayar Duit Raya dan Bonus Raya kepada peserta Felda.

10. Kami mendesak agar Kerajaan PH membuat bayaran Dividen RTBB kepada peserta RISDA.

11. Kami Pembangkang mendesak agar Kerajaan PH membuat bayaran segera Dividen Intriem kepada peserta Felcra mengikut keluasan tanah peserta sama 5 ekar atau 10 ekar, iaitu sama ada RM1,000 atau RM2,000.

12. Kami mendesak agar Kerajaan PH segera membuat bayaran sebelum tiba Hari Raya yang bakal tiba dan berbaki tujuh hari lagi. Jangan aniaya golongan luar bandar ini. – MediaUMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker