55 ribu guru disuntik vaksin sebelum sekolah dibuka

Gambar Hiasan

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) akan berusaha memastikan sekurang-kurangnya 55,539 guru menerima suntikan vaksin dalam fasa pertama.

Ketika ini, fasa pertama vaksinasi itu melibatkan petugas barisan hadapan perubatan, anggota penguat kuasa, pegawai kebajikan dan wakil rakyat.

Bagaimanapun, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata kerajaan dalam usaha menyenaraikan golongan pendidik dalam kumpulan berisiko tinggi di bawah fasa pertama.

“Kementerian Pendidikan telah menyediakan senarai nama 55,539 guru yang berada dalam kategori berisiko tinggi.



“Kami akan usaha untuk masukkan bilangan guru ini, 55,539 dalam fasa pertama. Insya-Allah sebelum tarikh pembukaan sekolah,” katanya.

Sekolah dijadual dibuka semula pada Mac.

Data Kementerian Pendidikan menunjukkan, setakat Julai tahun lalu, terdapat sejumlah 416,743 guru yang mengajar 4,987,401 pelajar.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker