Datuk Seri Sim mengaku tak salah kes rasuah RM15j dikait bekas menteri KDN

Ahli perniagaan Sim Choo Thiam didakwa meminta dan menerima jumlah itu untuk membantu orang lain dalam mendapatkan projek.

Datuk Seri Sim mengaku tak salah kes rasuah RM15j dikait bekas menteri KDN

Seorang ahli perniagaan bergelar “Datuk Seri” mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM15 juta daripada rakan perniagaan untuk mendapatkan projek daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Sim Choo Thiam didakwa dengan empat pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.



Bagi pertuduhan pertama, Sim dikatakan meminta RM15 juta daripada Hep Kim Hong pada Jun 2021 di Jalan Dutamas 1, di sini.

Pihak pendakwaan berkata, jumlah itu bertujuan sebagai dorongan kepada menteri dalam negeri ketika itu Hamzah Zainudin untuk membantu syarikat Hep, Asia Coding Sdn Bhd mendapatkan projek daripada kementeriannya.

Sim turut dihadapkan atas tiga pertuduhan lain membabitkan penerimaan wang tunai RM15 juta daripada Hep antara 19 Julai dan 31 Julai 2021.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah bagi setiap kesalahan.



Hakim Rozina Ayob membenarkan ikat jamin RM1 juta kepada Sim dan memerintahkan dia menyerahkan pasportnya kepada mahkamah, sementara menunggu kes selesai.

Mahkamah menetapkan 14 Jun sebagai sebutan semula kes.

Sim diwakili peguam Kee Wei Lon, Low Wei Loke dan Hannah Kam, manakala Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib mengendalikan pendakwaan.

Datuk Seri Sim mengaku tak salah kes rasuah RM15j dikait bekas menteri KDN



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Lebih Cantik Pakai Baju Nikah – Netizen



Cincin tunang Shuib & Watie, lain dari yang lain

Nak beli mainan dengan adik, budak 6 tahun pandu kereta sejauh 2.5 km mengalami kemalangan [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker