Resipi jejari ikan sos keju pedas…anak-anak pasti suka


Sedapnya jejari ikan sos keju pedas ini. Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi yang menyelerakan ini. Resipinya sangat mudah dan pasti anak-anak suka.

BAHAN
600 gm filet ikan isi putih – potong jejari
50 gm serbuk roti
1 sudu kecil garam

BAHAN SOS KEJU PEDAS
3 sudu besar mentega
3 sudu besar tepung gandum
½ sudu kecil mustard
2 cawan susu
1 cawan keju cheddar – parut
2 sudu sos cili pedas
Garam dan lada sulah

CARA



1.Gaulkan filet ikan isi putih dengan garam, lada sula dan telur.

2.Kemudian golekkan ikan dengan serbuk roti. Goreng ikan sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.

3.SOS KEJU PEDAS: Cairkan mentega dalam kuali. Kemudian masukkan tepung dan mustard gaul sebati. Kacau perlahan-lahan tetapi jangan sampai perang.

4.Masukkan susu dan biarkan mendidih. Kemudian masukkan keju dan sos cili pedas.



5.Biarkan keju cair. Akhir sekali masukkan garam dan lada sulah. Kacau sebati. Padamkan api, dan hidangkan bersama jejari ikan. Utv

Bonus dari kami.


Tak Nak Ikan Yang Dimasak Terasa Hanyir, Jangan Lupa Buat 5 Petua Ni

Tak Nak Ikan Yang Dimasak Terasa Hanyir, Jangan Lupa Buat 5 Petua Ni!



Menjamah ikan bersama nasi memang enak. Namun bila ikan yang dimakan mempunyai rasa yang terlalu ‘kuat’ seperti ikan talapia, keli, patin, dan sebagainya tentu akan membuatkan seseorang boleh terbantut seleranya.

Tambahan pula jika silap cara basuhannya, menambahkan lagi rasa yang tidak digemari. Oleh itu, ketahui dulu 5 petua yang perlu buat setipa kali ingin menghilangkan bau ikan dan sekali gus menjadikan masakan menjadi lebih enak dan sempurna.

Jom semak!

1.GARAM



Setelah ikan siap disiang dibuang perut, ambil beberapa sudu garam kasar dan gaulkan pada ikan. Teknik ini memang berkesan untuk mengurangkan bau, mematikan kuman dan menghilangkan lendir. Setelah itu boleh dicuci bersih dibawah air yang mengalir.

2. ASAM JAWA

Lumurkan asam jawa pada ikan yang telah siap dibersihkan, terutamanya jika mencuci ikan keli. Bila menggunakan asam jawa, lendir yang ada pada ikan keli akan hilang dan bau hanyir turut tiada.

3.LIMAU



Sama ada limau nipis, limau purut mahupun lemon boleh digunakan untuk mencuci ikan agar hilang bau. Caranya mudah, potong limau tersebut dan kemudian gososkkan limau yang telah dipotong tadi ke bahagian semua ikan sehingga rata. Lakukan beberapa kali sebelum dicuci bersih.

4.CUKA MAKANAN

Selalunya teknik ini akan digunakan jika lendir pada ikan agak susah dihilangkan selepas dicuci berulangkali contohnya seperti ikan air tawar. Teknik ini tidak memerlukan perapan yang lama. Hanya bilas ikan dengan sekali lalu dengan cuka makanan.

5. TEPUNG GANDUM



Tabukrakn tepung pada bahagian ikan dan lumurkan hingga rata. Cara ini bukan sahaja dapat menghilangkan bau hanyir ikan malah boleh menghilangkan lendir ikan dengan mudah. Ini menjadikan ikan yang dicuci lebih bersih.

Selamat mencuba.

Dah Bosan Asyik Makan Sambal Belacan Je? Jom Cuba Resepi Sambal Kucai Pula, Padu!

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker