Hadapi Pertuduhan Mahkamah, Berehat atau Letak Jawatan

SHAH ALAM: Mana-mana pe­mim­pin UMNO yang berdepan pertuduhan mahkamah harus berehat daripada parti atau meletak jawatan kerana mereka meninggalkan tanggapan buruk dalam kalangan rakyat.

Bekas Naib Presiden UM­NO, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib berkata, kegagalan berbuat demikian boleh menjejaskan reputasi parti Melayu tersebut sekali gus menjauhkan sokongan rakyat.

Katanya, sudah menjadi budaya UMNO mana-mana pe­mimpin parti yang dihadapkan ke mahkamah akan meletak jawatan.



Meskipun begitu, Penasihat UMNO Selangor itu berkata, mereka boleh memohon untuk kembali semula ke dalam parti selepas pertuduhan selesai dan didapati tidak bersalah oleh mahkamah.

“Saya fikir, kalau ikut budaya UMNO, kalau orang itu dihadapkan ke mahkamah, dia akan meletak jawatan.

“Itu tradisi UMNO. Dia mesti selesaikan di mahkamah. Apabila selesai dan didapati tak bersalah, dia boleh kembali.

“Mereka wajar berehat, dan pemimpin-pemimpin dahulu semua macam itu. Tapi sekarang ini, saya lihat sekarang sama ada dalam kerajaan mahupun pembangkang, dua-dua bila terpalit pun masih jadi pemimpin,” katanya dalam temu bual bersama Mingguan Malaysia, baru-baru ini.



Baca Berkaitan:

Muafakat Nasional Retak Disebabkan Kelemahan Zahid, Berdolak-dalik Terhadap Segala Ketetapan Parti – Nazri Aziz

Meskipun tiada ketetapan da­lam Perlembagaan UMNO bahawa pemimpin didakwa di mahkamah perlu ‘bercuti’, namun menjadi tradisi parti bahawa mana-mana pemimpin yang menghadapi pertuduhan, akan meletak jawatan secara sukarela sehingga menunggu hasil siasatan selesai.



Mengulas lanjut Muhammad berkata, tindakan mengundur diri dari parti adalah penting demi menjaga kredibiliti.

Hal ini, katanya memberi kesan terhadap sosioekonomi, khususnya kepercayaan dan keyakinan pelabur asing terhadap kestabilan negara.

“Orang luar misalnya, termasuk kedutaan punya wa­kil, mereka menitikberatkan soal ini. Saya beri contoh, ada kedutaan luar di Malaysia ini yang mempunyai perisik mereka sendiri, macam CIA juga. Kumpulan ini sentiasa buat analisis politik, dan sebarkan dalam dewan perniagaan mereka di Malaysia.

“Dalam analisis itu, mereka akan selidik negara ini. Bercakap soal kredibiliti, secara tak langsung kalau soal kredibiliti ini dikompromi, mereka mungkin akan hantar laporan, “tak boleh keadaan politik macam ini”. Jadi ini akan menjejaskan pelaburan luar.



“Kalau pelabur nak datang, tapi lepas rujuk kepada laporan itu tadi, maka mungkin mereka tak jadi datang. Sekali gus, kita akan hilang peluang pelaburan. Negara ini memang memerlukan pelaburan asing. Kita masih tak cukup kuat kalau hanya bergantung atas kapasiti dan diri kita sendiri,” katanya. – UTUSAN

 

Baca Berkaitan:

Gerakan menjatuhkan Zahid, Tajuddin Pernah Lakukan Tahun Lalu – Shahidan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker