Peranan SUHAKAM melencong, seakan-akan jadi ‘mata telinga’ pihak asing

Peranan SUHAKAM melencong, seakan-akan jadi ‘mata telinga’ pihak asing

Peranan SUHAKAM melencong, seakan-akan jadi ‘mata telinga’ pihak asing

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang ditubuhkan oleh Parlimen mengikut Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 sepatutnya boleh memainkan peranannya dengan lebih baik.

Kewujudan suruhanjaya itu mampu memberi manfaat yang besar jika dikendalikan mengikut terma rujukan Islam dan nilai setempat (dalam konteks Malaysia).



Malangnya, SUHAKAM memilih jalan yang melencong daripada peranan yang membawa kebaikan kepada negara, kata Amir gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman.

Beliau berkata, SUHAKAM dilihat seakan-akan menjadi mata dan telinga kepada pihak asing.

“Mereka seolah-olah memainkan peranan pengawas bagi memastikan ilmu dan budaya setempat selari dengan kehendak falsafah peradaban Barat yang ateis.

“Justeru, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu menyemak Kerangka Acuan Kerja (KAK) SUHAKAM supaya selari dengan pegangan dan prinsip kenegaraan kita,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.



Peranan utama SUHAKAM antaranya adalah untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubungan dengan hak asasi manusia.

Selain itu, ia juga berfungsi untuk menasihati dan membantu kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan dan tatacara pentadbiran dan mensyorkan langkah-langkah perlu yang hendaklah diambil.

Sebaliknya, SUHAKAM mencetuskan perdebatan ramai pihak selepas mengiklankan pencarian penyelidik bagi kajian untuk mewujudkan perundangan bagi mengiktiraf jantina ketiga di negara ini.

Menurut iklan tersebut, projek penyelidikan itu dijangka berjalan selama lima bulan bermula dari tarikh pelantikan dengan tarikh tutup permohonan pada 30 Jun 2021.



Berikutan itu, JAKIM telah meminta SUHAKAM untuk memberi penjelasan mengenai kajian berkenaan.

Bagaimanapun, Pesuruhajaya SUHAKAM, Hishamudin Yunus berkata, pihaknya perlu diberi kebebasan untuk mengkaji keperluan undang-undang khusus bagi mengiktiraf jantina ketiga dalam negara ini.

Katanya, isu transgender adalah satu ‘medical condition’ (keadaan kesihatan) yang tidak dapat dirawat dan akan membelenggu seseorang itu seumur hidup.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary menegaskan, JAKIM perlu mendapatkan jawapan sebagai mengambil tanggungjawab menangani sesuatu isu yang menimbulkan keresahan dalam kalangan umat Islam.



Katanya, hal ini kerana pihaknya tidak mahu data-data yang dikumpulkan disalah guna untuk memberi gambaran realiti sosial yang salah, memandangkan matlamat kajian secara jelas adalah berat sebelah, iaitu ke arah memberi pengiktirafan kepada jantina ketiga.

Peranan SUHAKAM melencong, seakan-akan jadi ‘mata telinga’ pihak asing


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 



Pemuda UMNO mahu kerajaan segerakan sidang Parlimen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker