GV10: Cliff Umar hampir tersingkir minggu pertama

GV10: Cliff Umar hampir tersingkir minggu pertama

Seperti yang dijangka, tiada penyingkiran untuk konsert minggu pertama All Stars Gegar Vaganza (GV10) yang berlangsung malam tadi.
ADVERTISEMENT

GV10 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyaksikan 16 bintang membawakan lagu hits peserta bertanding dan mendapat pujian daripada barisan juri.



Penyanyi Naqiu yang juga juara GV6 muncul sebagai peserta yang menduduki tangga teratas dengan markah sebanyak 80.7 peratus.

Tempat kedua pula menjadi milik penyanyi Liza Hanim dengan markah sebanyak 79 peratus diikuti Jaclyn Victor yang menduduki tempat ketiga dengan markah 71.5 peratus.

Penyanyi Cliff Umar yang merupakan juara GV7′, nampaknya kurang bernasib baik apabila menjadi bintang yang mendapat markah terendah dengan kutipan markah sekadar 50.5 peratus.

Diva AA bidas Diana – “Cakap saja kau dah stim tang Farid”



Rancangan popular itu menyaksikan kesemua bintang diadili oleh juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat.

Konsert GV10 diacarakan trio pengacara, Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein.

GV10 memperlihatkan persaingan 10 bintang yang terdiri daripada juara-juara GV dari musim pertama hingga kesembilan.



Tambahan enam lagi bintang dipilih berdasarkan undian peminat menjadikan jumlah keseluruhan peserta GV10 adalah seramai 16 peserta

Juara GV10 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM200,000 beserta trofi sumbangan Astro. K Online

GV10: Cliff Umar hampir tersingkir minggu pertama

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai

Malu apa Ketua Pembangkangku



Bakal suami Puteri Sarah?

Nelissa trauma diraba di set penggambaran



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker