Budak 4 tahun maut jatuh tingkat 11 kuarters polis

Budak 4 tahun maut jatuh tingkat 11 kuarters polis

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 11, Kuarters Polis USJ 8, Subang Jaya, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat berkata polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 11.35 pagi tadi.



“Menurut ibunya, sebelum kejadian, dia berada di bahagian dapur manakala dua anaknya sedang bermain di ruang tamu.

“Namun selepas itu, dia terdengar bunyi pintu bilik bahagian tengah tertutup dengan kuat dan cuba membuka pintu itu, tetapi gagal kerana pintu telah terkunci,” katanya dalam kenyataan.

Wan Azlan berkata ibu mangsa kemudian mendengar suara anaknya meminta tolong sebelum dia ke bilik bersebelahan dan apabila melihat dari luar tingkap mendapati anaknya itu telah terjatuh ke bawah.

Katanya petugas kesihatan mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat kanak-kanak berkenaan dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang untuk dibedah siasat.



“Siasatan lanjut di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya.

Wan Azlan berkata mangsa adalah anak pertama daripada dua adik beradik dan ibu bapanya adalah anggota polis yang tinggal di kediaman berkenaan. FMT

Budak 4 tahun maut jatuh tingkat 11 kuarters polis

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof

Jasmine tukar agama di India?



Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker