Tak pandai ‘baca politik’, Shahidan bidas Tok Mat

Shahidan Kassim hari ini mengingatkan Umno agar tidak mudah memperlelehkan PN berdasarkan parti itu yang didakwanya tidak lagi hebat seperti dulu.

Dia yang pernah memimpin Umno dan menjadi menteri besar Perlis itu berkata, tanpa “gelombang hijau” sebelum ini pun PN mampu memenangi 74 kerusi parlimen semasa PRU ke-15 dilangsungkan.

Menyasarkan kenyataan itu kepada Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, Shahidan berkata sebenarnya tidak wujud pun gelombang hijau sebaliknya menganggap ia sebagai “gelombang rakyat.”



“Tok Mat (Mohamad) ni dari dulu, semakin hari semakin kurang arif tengok (membaca) politik,” katanya ketika ditemui di Pelangai semasa berkempen untuk calon PN, Kasim Samat.

Pada 28 Sept lalu, Mohamad menganggap kekalahan besar Umno dalam PRU lalu bukanlah disebabkan oleh “gelombang hijau” sebaliknya hanya kerana undi protes daripada penyokong parti tersebut.

“Orang kata (ada) green wave… saya kata tak ada wave sebenarnya. Sebenarnya banyak undi protes dan itu saja.

“Orang masih sayangkan dengan Umno, jadi Umno (sekarang) kita akan buat sesuatu untuk perkasakan,” katanya.



Mengulas lanjut Shahidan berkata istilah “gelombang hijau” itu digunakan untuk memperlekeh PAS yang memang dikenali sebagai parti menggunakan logo berwarna hijau.

Di sebalik penafian tersebut, kata Shahidan, PN memperoleh 74 kerusi berbanding Umno cuma 24.

“Kena ingat tu… jangan cakap seolah-olah hebat.

“Tak hebat! Umno sudah tak hebat… Umno cuma hebat sebab bangunan dia besar,” katanya.



Shahidan yang kini menjadi ahli PAS juga memberitahu Umno sudah mengubah prinsip perjuangannya apabila tidak lagi mengutamakan agenda Melayu selepas bersama DAP.

Justeru dia yakin pengundi Pelangai khususnya warga Felda akan bersama PN.

“Pada pandangan saya pengundi di Pelangai dan kawasan Felda ni pengundi diam, mereka nak mengundi tapi tak nak heboh dengan naikkan bendera semua.

“Kebanyakkan mereka orang BN tapi tak puas hati pasal kes Umno bersama DAP. Mereka akan undi (PN) tak tak mahu bising-bising,” katanya lagi.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara



Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?

Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)



13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker