Resepi Bayam Brazil Goreng Belacan, Memang Padu

Resepi Bayam Brazil Goreng Belacan, Memang Padu

Siapa sangka sayur ini boleh dijadikan lauk Bayam Brazil Goreng Belacan. Selalunya, ia dijadikan sebagai ulaman ataupun dibuat goreng tepung. Rupanya sedap juga dibuat sebagai lauk kampung.

Bayam Brazil atau nama saintifiknya Alternanthera sissoo merupakan spesies tanaman yang tergolong dalam keluarga Amaranthaceae. Ia antara tumbuhan yang cepat membesar dan senang ditanam. Tumbuhan ini boleh membesar sehingga 30 cm tinggi dengan saiz daun sekitar 2 hingga 3.5 cm lebar.



Berbeza dengan bayam yang lain, sayur ini mempunyai tekstur yang rangup dan boleh dimakan secara mentah seperti salad. Masyarakat Brazil gemar mengambil sayur ini secara mentah bersama tomato, bawang dan juga minyak zaitun. Selain itu, ia sesuai juga untuk ditumis, direbus atau dikukus.

Di Malaysia pun, penanaman sayur ini sudah meluas hinggakan boleh ditanam secara tradisional mahupun hidroponik. Tanpa membuang masa, jom ikuti resipi sedap dari perkongsian Cik Puan Robakyah Che Ros ini. Memang ramai penggemar sayuran ini.

Serius sedap dari masak sayur Kangkung Goreng Belacan, harapkan batang kangkung yang berlambak tapi daun secoet. Korang memang kena cuba!

Resepi Bayam Brazil Celup Tepung



Bahan-bahan:

1 mangkuk bayam Brazil
6 biji cili besar + cili padi*
3 ulas Bawang merah*
2 ulas Bawang putih*
Sedikit udang kering atau ikan bilis
Belacan – kuantiti agak-agak
Gula, garam , perasa, asam
Cara memasak:

1. Tumbuk semua bahan yang bertanda * ini tadi. Kalau nak blend, bagi kasar sikit ya.



2. Kemudian, tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi, dah masak elok masukkan ikan bilis atau udang kering, belacan, perasa, gula garam dan sedikit saja tau perahan lemon atau air asam jawa.

3. Akhir sekali, bolehlah masukkan sayur bayam. Masak sehingga layu. Siap!

Ok nanti dulu, kita belanja resepi bayam goreng celup tepung.

Hidangan ini sedap tau untuk dibuat kudapan atau lauk dimakan bersama nasi. Sesuai juga untuk kanak-kanak makan sebagai keropok sihat.



Bahan-bahan:

5 sudu tepung bestari original
1 sudu tepung bestari pedas
2 sudu tepung jagung
2 sudu tepung beras
1 sudu rempah kari

Cara penyediaan:

1. Gaul sebati kesemua bahan di atas.



2. Cuci bersih daun bayam dan ambil daunnya sahaja. Toskan

3. Taburkan campuran tepung tadi di atas daun bayam hingga sekata.

4. Boleh goreng bila minyak dah panas.

5. Goreng hingga garing dan boleh siap di angkat.



Bayam Brazil celup tepung ni best makan macam tu je. Nak cicah sos keropok pun boleh. Makan sambil layan drama atau membawang pun boleh jugak.

Tapi tak boleh goreng banyak untuk buat stok beberapa hari. Sebab bayam mudah lemau bila masuk angin. Cara terbaik, goreng bila nak makan je.

KHASIAT BAYAM BRAZIL YANG RAMAI TAK TAHU

.Mencegah kanser
.Melawan radikal bebas
.Meningkatkan kesihatan mata
.Menurunkan berat badan
.Meningkatkan sistem ketahanan badan
.Mengelakkan sembelit
.Mengawal tekanan darah tinggi
.Sumber vitamin K – bantu dalam proses pembekuan darah dan secara tidak langsung menggelakan pendarahan yang berlebihan

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba resipi sayur goreng yang ringkas, sedap dan banyak khasiat ini.

Resepi Bayam Brazil Goreng Belacan, Memang Padu

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker