Presiden Gerakan tidak diterima dan dimalukan di ceramah mega PN di Tasik Gelugor [VIDEO]

Bukan sahaja tidak diundang menyertai program Ceramah Mega PN Best yang disertai Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, malah rakan sekutunya, Dominic Lau diminta meninggalkan program di Tasek Gelugor, Pulau Pinang malam tadi.

Lau yang tetap hadir walaupun tanpa undangan bukan sahaja tidak diberikan layanan setaraf atau VIP tetapi dianggap sebagai tetamu yang tidak diundang.

Ketika pemimpin PN lain mengambil tempat di atas pentas, Lau bersama sekumpulan penyokong PN sekadar menunggu di tepi pentas.



Semasa menantikan ketibaan Hadi, pemimpin Gerakan itu disambut oleh Naib Presiden PAS Idris Ahmad, yang merupakan antara penceramah pada ceramah tersebut.

Bagaimanapun, ketika Idris hendak mengiringi Lau ke atas pentas Setiausaha PAS Pulau Pinang Iszuree Ibrahim menuju ke arahnya dan dengan tegas memberitahunya: “yang tidak diundang, sila tunggu sini.”

Ada yang cuba membantah tetapi Iszuree membalas; “…tak boleh, kamu pergi!”.



Idris kemudian diiringi ke atas pentas, manakala Lau sekadar memandang, dan mengekalkan senyuman.

Sebelum ini, Iszuree disebut-sebut sebagai calon di DUN Bayan Lepas – kerusi yang bakal ditandingi oleh Lau.

Apabila, Hadi tiba kemudiannya, pembantu Lau, Wendy Subramaniam kedengaran meminta ahli Pemuda PAS yang mengiringi kereta presiden PAS itu untuk memberi laluan – bertujuan supaya Lau dapat berjumpa dengan Hadi.

Bagaimanapun, ahli Pemuda PAS menjawab: “Jangan bagi.”



Hadi kemudian diiringi terus ke atas pentas, meninggalkan Lau.

Tidak lama kemudian, presiden Gerakan dan rombongannya meninggalkan majlis berkenaan.

Keputusan Lau bertanding di DUN Bayan Lepas yang merupakan kerusi majoriti Melayu telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong PAS Pulau Pinang.

Sebelum hari penamaan calon, ahli PAS Bayan Lepas telah mengugut untuk memboikotnya.



Sementara itu, Iszuree ketika dihubungi Malaysiakini, enggan mengulas mengenai layanan PAS kepada Lau itu.

Berita Harian pula memetik Timbalan Presiden Gerakan Oh Tong Keong sebagai mengesahkan bahawa parti itu tidak diundang untuk menghadiri program berkenaan.

“Saya hanya maklum mengenai penganjuran Ceramah Mega PN Best menerusi siaran langsung di Facebook. Parti itu tidak dijemput untuk diketengahkan pada majlis malam tadi.

“Setahu saya ceramah berkenaan mungkin untuk PAS sahaja dan mungkin mereka tak undang kita kerana penganjurannya dibuat di lokasi majoriti Melayu atau hanya mahu penceramah dalam kalangan Melayu,” katanya.



Ceramah Mega PN Best itu turut menampilkan beberapa calon Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), termasuk Andrew Teow di DUN Sungai Puyu.

Oh, bagaimanapun berkata, hubungan Gerakan dengan PAS Pulau Pinang masih dalam keadaan baik tetapi mengakui kejadian itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan akar umbi.

“Kita tak gaduh pun. Gerakan dengan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff; Setiausaha PAS negeri, Iszuree Ibrahim dan pimpinan PAS negeri lain pun okey.

“Namun, rasa tidak puas hati dalam kalangan akar umbi masing-masing itu perkara biasalah dalam politik.



“Kerjasama serta hubungan dengan PAS dan Bersatu sebenarnya okey, tetapi sedikit tidak puas hati dalam kalangan parti komponen itu perkara biasalah,” katanya lagi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah mengamuk dengan netizen “bodoh”

“Kau ambil laki orang boleh pulak ” – Ira Kazar kena ‘bedil’ dengan netizen

David Teo berdoa agar Masya Masyitah mendapat hidayah

Ain Husniza Dah Jadi Siti Kasim Junior

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker