AirAsia X bawa 890,289 penumpang pada suku keempat 2023

KUALA LUMPUR: AirAsia X Bhd (AirAsia X) mengumumkan bahawa ia membawa sejumlah 890,289 penumpang, iaitu 2.6 kali lebih tinggi dari tahun ke tahun, pada suku keempat 2023.

AirAsia X berkata, ia merekodkan faktor muatan penumpang (PLF) yang menggalakkan sebanyak 82 peratus, meningkat tiga mata peratusan, walaupun kapasiti tempat duduk digandakan sebanyak 2.5 kali berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

“Ini dicapai apabila syarikat meningkatkan saiz armada dan jangkauan rangkaiannya sejak 12 bulan lalu, dirangsang oleh waktu puncak musim cuti dan perjalanan hujung tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Bagi setahun penuh, AirAsia X Malaysia mencatatkan PLF yang sihat sebanyak 80 peratus, meningkat dua mata peratusan daripada tahun sebelumnya.

“Walaupun meningkat 6.6 kali dalam kapasiti tempat duduk, syarikat membawa lebih 2.8 juta penumpang, mencerminkan pertumbuhan tahun ke tahun kira-kira 6.8 kali,” katanya.

AirAsia X berkata, dengan bilangan pesawat operasi yang meningkat dan jumlah penerbangan sebanyak 9,799 penerbangan bagi tahun ini, kapasiti tempat duduk tersedia bagi setiap kilometer (ASK) AirAsia X Malaysia melonjak sebanyak 7.5 kali kepada 15,604 juta.

“Pada 2023, AirAsia X Malaysia berkhidmat di 22 destinasi, dengan sejumlah lapan laluan dilancarkan dalam tempoh 12 bulan,” katanya.



Bagi suku dalam tinjauan, sejumlah 16 pesawat AirAsia X Malaysia beroperasi, berbanding enam pesawat pada suku keempat 2022, dan ia meningkatkan frekuensi penerbangan dan peningkatan ketara dalam rangkaian.

“Ini akhirnya meningkatkan kapasiti kilometer tempat duduknya sebanyak 2.8 kali dari tahun ke tahun kepada 4,770 juta, menjejaki pertumbuhan hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK) hampir tiga kali dari tahun ke tahun yang berjumlah 3,839 juta,” katanya.

​Dari segi rangkaian, AirAsia X melancarkan laluan baharu ke Hong Kong (tujuh kali seminggu) pada bulan Disember, disokong oleh permintaan yang besar daripada pasaran.

Pada suku keempat 2023, syarikat itu meningkatkan kekerapan penerbangannya ke Seoul (kepada 12 kali seminggu), Sydney (11 kali seminggu), Melbourne (12 kali seminggu) dan Bangkok (tujuh kali seminggu), menjadikan jumlah kekerapan penerbangan mingguan kepada 144 penerbangan menjelang akhir tahun.



Syarikat bersekutunya, AirAsia X Thailand merekodkan setahun penuh PLF pada 83 peratus dengan lebih 1.3 juta penumpang, meningkat kira-kira 4.5 kali berbanding tempoh di antara Januari 2022 dan Disember 2022.

Pada 2023, AirAsia X Thailand beroperasi di enam laluan, dengan rangkaiannya kini merangkumi pasaran teras di Jepun, Korea Selatan, Australia dan China.​

Sementara itu, bagi suku keempat 2023, AirAsia X Thailand mencatatkan PLF yang kukuh sebanyak 86 peratus, dengan bilangan penumpang yang dibawa meningkat kira-kira 1.7 kali dari tahun ke tahun kepada 387,217 penumpang, manakala kapasiti tempat duduk meningkat sebanyak 1.8 kali dari tahun ke tahun kepada 450,979 tempat duduk pada suku terbabit.​

Dari segi rangkaian, AirAsia X Thailand menyambung semula perkhidmatan ke Sapporo, menutup suku tersebut dengan 52 penerbangan setiap minggu.



Jumlah saiz armada AirAsia X ialah 18 unit A330 pada 31 Disember 2023, dengan 16 pesawat diaktifkan dan beroperasi, manakala jumlah saiz armada AirAsia X Thailand ialah lapan unit A330, dengan tujuh pesawat diaktifkan dan beroperasi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Akaun dark side anak Melayu bersepah dalam aplikasi X

Babak ranjang, Fasha harapkan fenomena



DJ Lin jadi mangsa

Rezeki jadi suami curang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker