Anjing Merajuk Dipujuk Anggota Bomba (Video)

Anjing Merajuk Dipujuk Anggota Bomba (Video)

Anggota bomba dan penyelamat bukan sekadar memikul tanggungjawab memadamkan kebakaran tetapi mereka perlu bersedia dengan tugas-tugas menyelamat. Apabila mereka mendapat laporan, mereka akan sentiasa menjalankan tugas sebaiknya.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @rusliachok telah berkongsi sebuah video yang memaparkan anggota bomba menjalankan tugas menyelamat di sebuah bangunan.



Menerusi video terbabit, anggota bomba memujuk seekor anjing yang berada di luar bangunan tinggi selepas menerima aduan menyelamat kerana dikhuatiri anjing tersebut akan jatuh dan mengalami kecederaan atau sebaliknya. Dapat dilihat, anggota bomba tersebut sabar untuk memujuk anjing itu.

Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terhibur melihat gelagat anjing tersebut yang merajuk serta tidak termakan pujukan ahli bomba tersebut.

Para netizen juga tertanya-tanya apa sebab anjing itu merajuk seperti itu dan pelik kerana bomba terpaksa menyelesaikan hal tersebut. Difahamkan, anjing itu telah berjaya diselamatkan dan ia bukanlah anjing mana-mana pemilik di kawasan tersebut. Vc

@rusliachok



anjing merajuk

♬ Funny – Gold-Tiger

Anjing Merajuk Dipujuk Anggota Bomba (Video)

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wajah cantik, nasi lemak laku keras

Puteri Sarah sindir Syamsul



Zahid dah beritahu sedia untuk bertarung – Khairy



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker