Isu 1MDB Tidak Bergema Di PRN Johor 2022

Oleh Nurul Aishah

Tiada seorang pun pemimpin dari Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional yang dilihat berceramah mengenai isu 1MDB. Tidak seperti ketika Pilihanraya Umum ke 14.

Ini berikutan perkembangan mutakhir kes tersebut yang sedang berjalan di mahkamah Amerika Syarikat.



Munculnya nama baharu yang terkait seperti Rohana Rozhan, bekas CEO Astro yang dikatakan menggugut Tim Leissner yang sedang didakwa oleh mahkamah di sana.

Leissner dikatakan terpaksa membeli sebuah rumah mewah bernilai RM42 juta di London sebagai memenuhi tuntutan ugutan Rohana.

Rohana mengugut Leissner untuk bocorkan rahsia jenayah rompakan terancang duit 1MDB. Rohana sudah pun di bawa ke SPRM dan akaun serta asetnya telah dibekukan.

Nama Zeti bekas Gabenor Bank Negara Malaysia dan suaminya juga turut dipetik di dalam mahkamah Amerika oleh Tim Leissner.



Menurut Leissner, beliau memberi rasuah kepada yang tersebut untuk mendapat kelulusan pemindahan wang hanya di dalam masa satu malam.

Dari perkembangan ini, tiada lagi kedengaran isu 1MDB dijadikan bahan atau modal ceramah pakatan harapan serta perikatan nasional dan sekutu mereka.

Khabarnya nama-nama yang disebut oleh Tim Leissner mempunyai hubungan dengan individu-individu tertentu dari kumpulan anti UMNO BN?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker