Lelaki Ini Tunjuk 7 Kerenah Pelanggan Ketika Bayar Guna Kad Di Kaunter Buat Ramai Terhibur [VIDEO]

Lelaki Ini Tunjuk 7 Kerenah Pelanggan Ketika Bayar Guna Kad Di Kaunter Buat Ramai Terhibur [VIDEO]

Musim pandemik Covid-19 telah membuatkan kini kita semua lebih berhati-hati ketika keluar rumah

Hal ini termasuklah ketika pembelian barangan tidak kira di mana. Ramai orang yang kini lebih memilih pembayaran menggunakan kad berbanding tunai.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki melakonkan kembali ragam rakyat Malaysia ketika membuat pembayaran menggunakan kad mencuri tumpuan ramai.



VIDEO DIBAWAH:-

Tunjuk ragam orang ketika bayar menggunakan kad

Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki yang dikenali sebagai Rusydi itu sedang berada di salah sebuah pusat beli-belah.

Dia kemudian melakonkan kembali antara 7 jenis ragam orang ketika membuat pembayaran menggunakan kad di kaunter. Antara yang dilakonkannya adalah bagaimana kluster kayangan dan kaki kipas membuat pembayaran berkenaan.



Malah, dia juga siap membuat pelbagai aksi kelakar sepanjang ragam itu yang membuatkan ramai dapat relate dengannya.

“Me as cashier now semua ragam aku pernah hadap” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat ragam yang dilakonkan lelaki itu. Malah, ramai yang berkongsi pengalaman sama berdepan dengan pelbagai situasi ketika berada di kaunter pembayaran.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 158.8K views, 13K likes dan 497 comments di TikTok.



Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image from @rusydi.official (TikTok)

Image via @rusydi.official (TikTok)



Image from @rusydi.official (TikTok)

Image via @rusydi.official (TikTok)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker