Harga pakej umrah dijangka naik

SHAH ALAM – Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) memaklumkan agensi-agensi pelancongan dijangka menaikkan harga pakej umrah pada saat akhir sebelum bakal jemaah umrah berlepas ke tanah suci.

Naib Presiden Haji dan Umrah MATTA, Mohd Azri Abd Razak berkata, kenaikan itu berpunca daripada kenaikan mendadak kadar harga hotel di Kota Makkah dan Madinah pada masa ini.

Ujar beliau, susulan itu, harga pakej umrah yang sudah ditetapkan oleh segelintir agensi pelancongan terpaksa dinaikkan bagi menampung peningkatan harga hotel berkenaan.



“Kenaikan harga ini dipercayai berpunca daripada permintaan yang tinggi di hotel terutamanya di Kota Madinah.

“Ia berikutan peningkatan jumlah jemaah umrah di seluruh dunia apabila kerajaan di negara masing-masing membuka sempadan selepas situasi pandemik Covid-19 beransur pulih.

“Bukan harga hotel sahaja yang meningkat, malah harga pengangkutan dan tiket penerbangan juga semakin membebankan khususnya ketika musim kemuncak,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sehubungan itu, ulas Mohd Azri, hal berkenaan dikhuatiri menimbulkan kemarahan jemaah umrah yang mendesak untuk menurunkan kadar pakej umrah bagi mengekalkan harga yang ditawarkan oleh agensi pelancongan masing-masing.



Menurutnya, ia menyebabkan pihak agensi pelancongan juga menghadapi kesukaran mendapatkan pengesahan tempahan walaupun sudah menjelaskan bayaran penuh kepada pihak hotel.

“Kenaikan harga mendadak oleh pihak hotel juga membuatkan agensi pelancongan tersepit dan tiada pilihan selain menaikkan harga pakej terhadap jemaah umrah.

“Dengan keadaan dan kecelaruan yang berlaku sekarang, pihak MATTA meminta agar semua jemaah umrah untuk bersabar dan memahami situasi ketidaktentuan yang berlaku di Madinah dan Makkah,” katanya.

Sementara itu, Mohd Azri berkata, MATTA juga mendapat aduan mengenai kesulitan membawa pulang air zam zam oleh jemaah umrah, terutamanya di lapangan terbang Jeddah.



Jelasnya, MATTA sudah mengutarakan isu itu kepada Saudi Tourism Authority (STA) untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kebenaran membawa pulang air zam zam menggunakan visa pelancong.

“MATTA juga berharap dapat mengadakan pertemuan bersama pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk berbincang dan menangani isu yang serius ini.

“Kita tidak mahu jemaah menyalahkan agensi pelancongan sepenuhnya terhadap keadaan yang berlaku di Madinah dan Makkah dari sudut aspek kenaikan harga hotel, pengangkutan dan tiket penerbangan,” katanya.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Myvi ‘selamba’ berhenti tengah jalan, acah-acah gengster bila kena tegur [VIDEO]

Lima ADUN BN Sabah bakal dikenakan tindakan – Bung Moktar

Ustaz Jakim kutuk Kerajaan Perpaduan disiasat

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker