Polis tahan bapa dua beradik ditemui maut disyaki makan sisa sampah

Polis tahan bapa dua beradik ditemui maut disyaki makan sisa sampah

Bapa kepada dua anak yang ditemui mati di Langkawi ditahan malam tadi, menurut polis daerah Langkawi.

Difahamkan juga, dia didapati positif dadah selepas dilakukan ujian saringan..



Lelaki berusia 36 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana dengan cuai membiarkan atau mengabaikan kanak-kanak itu.

Jika dihadapkan ke mahkamah, sabitan kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali.

Warga Myanmar itu turut disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negara itu secara haram.

Dilaporkan dua kanak-kanak warga Myanmar itu maut selepas dipercayai memakan sisa makanan dari tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa dekat Bukit Malut, Langkawi petang semalam.



Siasatan awal polis mendapati, pada 5.30 petang semalam bapa mangsa yang berumur 36 tahun ternampak dua anaknya itu berada di kawasan tong sampah dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum mengangkat kedua-dua mangsa ke rumah jiran berdekatan.

Bapa mangsa mendapati mulut kedua-dua anaknya berbuih dan selang beberapa minit kemudian anaknya sudah tidak bernafas, kata polis lagi.

Kematian mereka disahkan di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.

Sementara itu, polis memaklumkan mayat dua beradik itu akan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk bedah siasat. Mk



Polis tahan bapa dua beradik ditemui maut disyaki makan sisa sampah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur



Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker