Trafik Kuala Lumpur ke-210 tersesak di dunia

Trafik Kuala Lumpur ke-210 tersesak di dunia

Impak wabak Covid-19 ternyata memberi kesan besar apabila kadar aliran trafik di Kuala Lumpur pada tahun lalu menduduki tangga ke-210 yang paling sesak di dunia.

Situasi positif itu berdasarkan kajian sebuah firma teknologi navigasi antarabangsa, TomTom berpusat di Amsterdam, Belanda menerusi laporan indeks trafik 2021 diterbitkan kelmarin.

Kajian berkenaan meliputi sejumlah 404 bandar raya dari 58 buah negara di semua enam benua yang mengukur kesesakan jalan raya urban mengikut jumlah kerugian masa setahun.

Menurut indeks tahunan tersebut, para pemandu kereta di Kuala Lumpur membuang masa yang bersamaan 48 jam setahun terperangkap di pusat bandar akibat isu kesesakan teruk.

Jumlah itu setara 17 bandar raya lain antaranya Washington DC, Amerika Syarikat (AS); Prato, Itali; Liege, Belgium; Santa Cruz, Sepanyol; Rotterdam, Belanda dan Freiburg, Jerman.

Sekadar perbandingan dengan rekod pada 2020 lalu, ibu negara Malaysia itu di kedudukan ke-77 atau kerugian masa 126 jam, manakala pada 2019 pula tangga ke-46 atau 170 jam.

Berdasarkan indeks terbaharu untuk 2021, Istanbul berada di tempat pertama paling teruk kesesakan trafik dengan warga kota Turki itu membazir masa bersamaan 142 jam setahun.

Setahun sebelum itu, bandar raya terbesar negara tersebut di tangga kelima, manakala ibu kota Rusia, Moscow yang mengungguli ‘carta’ pada 2020, turun tempat kedua tahun lepas.

Kuala Lumpur pula ternyata berjaya memperbaiki kedudukannya berbanding ibu kota lain rantau Asia Tenggara antaranya ialah Manila, Filipina (ke-18) dan Jakarta, Indonesia (ke-46).

Malah kesesakan di Kuala Lumpur semakin kurang dibandingkan Bangkok, Thailand (ke-74) dan Singapura, Singapura (ke-88). Baki lima lagi ibu negara ASEAN tiada dalam senarai itu.

Menurut TomTom, pemandu Kuala Lumpur secara purata mengambil 21 peratus lebih lama masa daripada tempoh ketika jalan lengang atau ukuran bersamaan buang waktu enam minit.

Situasi kali ini lebih baik berbanding rekod pada 2020 sebanyak 28 peratus dan 37 peratus pada 2019 dengan sejumlah 164 hari sepanjang 2021 mencatatkan aliran trafik agak rendah.

Kajian firma yang ditubuhkan pada 1991 lalu dengan lebih 4,500 petugas di 29 negara itu mendapati, tarikh kesesakan paling teruk di Kuala Lumpur pernah direkodkan pada 5 Mei 2021.

Bagaimanapun laporan TomTom menunjukkan, hari yang paling sesak setiap minggu di Kuala Lumpur ialah pada Rabu dengan waktu puncaknya antara pukul 6 petang hingga 7 petang.

Justeru, ia menyarankan para pemandu agar keluar selepas masa tersebut kerana mereka sebenarnya akan menjimatkan tempoh yang bersamaan empat jam perjalanan dalam setahun.

Secara umum, kadar kesesakan di Kuala Lumpur lebih baik berbanding banyak kota besar dunia lain antaranya Paris, Perancis (ke-37), Kaherah, Mesir (41) dan London, Britain (ke-55).

Di peringkat Asia, Kuala Lumpur juga terbaik daripada Mumbai, India (kelima); Tokyo, Jepun (ke-17); Taipei, Taiwan (ke-40); Hong Kong, China (ke-47) dan Riyadh, Arab Saudi (ke-162).

Namun, Kuala Lumpur lebih sesak berbanding Copenhagen, Denmark (ke-233); Dubai, UAE (ke-244); Canberra, Australia (ke-298); Helsinki, Finland (ke-322) dan Brasilia, Brazil (ke-339).

Indeks itu turut menyenaraikan Makkah, Arab Saudi sebagai paling tidak sibuk di dunia tahun lalu dengan kerugian masa tujuh jam dan mengambil alih bandar Greensboro-High Point di AS. Utusan

Trafik Kuala Lumpur ke-210 tersesak di dunia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker