Memang Najib ‘ugut’ kerajaan PN lulus pengeluaran KWSP

Memang Najib ‘ugut’ kerajaan PN lulus pengeluaran KWSP

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa ‘mengugut’ kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk meluluskan pengeluarkan akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pelanjutan moratorium pinjaman secara automatik sekiranya mahu Barisan Nasional (BN) menyokong Bajet 2021.

Pentadbir laman Facebook Najib Razak berkata, apa yang berlaku ketika itu adalah selama berbulan-bulan, Muhyiddin dan kerajaan PN memberi pelbagai alasan kenapa pengeluaran KWSP dari akaun 1 seperti dicadang dan disokong oleh bekas Presiden UMNO itu adalah tidak patut dan tidak boleh dibenarkan.



“Ya, memang Najib ugut kerajaan PN masa itu. Sebab Muhyiddin dan kerajaan PN tak mahu dengar keluhan dan tidak peka kepada penderitaan rakyat ketika itu.

“Tetapi Najib ugut sebab ia untuk menyelamatkan jutaan rakyat Malaysia,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Beliau memberitahu, tindakan itu terpaksa dilakukan kerana ramai yang sudah tiada pilihan lain akibat terlalu terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) separuh masak yang berpanjangan.

“Najib tak dapat satu sen pun dari kedua-dua kelulusan tersebut,” jelasnya.



Pentadbir laman Facebook Najib Razak turut mengakui memang Muhyiddin dan kerajaan PN yang meluluskan pengeluaran KWSP kerana Najib tidak mempunyai jawatan atau kuasa dalam kerajaan ketika itu.

Sehubungan itu, beliau berpandangan adalah tidak adil untuk mengkritik Muhyiddin dan PN kerana mengambil kredit atas kelulusan pengeluaran KWSP.

“Tetapi Muhyiddin dan kerajaan PN bukan luluskannya secara sukarela,” katanya. MG

Memang Najib ‘ugut’ kerajaan PN lulus pengeluaran KWSP




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal



Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah

Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker