Akar Umbi masih percaya Ahmad Zahid Hamidi

Akar Umbi masih percaya Ahmad Zahid Hamidi . Meskipun dikritik hebat oleh pelbagai pihak serta didesak untuk berundur terutama oleh segelintir pemim­pin parti sendiri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan terus kekal sebagai Presiden UMNO kerana beliau masih mendapat kepercayaan daripada akar umbi parti.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Dr. Mazlan Ali dari Pusat Perdana Fakulti Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur berkata, kepercayaan akar umbi parti kepada Ahmad Zahid itu adalah bersandarkan kepada beberapa faktor termasuklah pendiriannya terhadap perjuangan dan masa depan UMNO.

Malah, katanya, Ahmad Zahid masih mendapat kepercayaan daripada bekas presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Beliau berani menangguhkan pemilihan selama 18 bulan, itu jelas menunjukkan penentangnya hilang peluang untuk menjatuhkannya, sebaliknya Ahmad Zahid dapat mengawal partinya dengan baik.

“Beliau juga masih mendapat sokongan pemimpin terten­tu yang berpengaruh seperti Najib dan Tok Mat, ini bermakna masih nampak kuat kepe­mimpinannya dalam parti. Oleh sebab itu, beliau kemungkinan besar tidak akan berundur daripada jawatan presiden,” katanya.

2 menteri, 5 MP UMNO setuju keluar kerajaan?

Mazlan menjelaskan, Ahmad Zahid sengaja memanggil beberapa pemimpin parti untuk membincangkan isu penarikan sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) bagi mendapatkan respons dan tindak balas daripada menteri-menteri UMNO dan ahli Parlimen yang menyokong kerajaan bagi mengatur langkah seterusnya.

“Beliau jelas tersinggung dengan menteri-menteri UMNO yang seolah-olah mempertahankan Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mereka selesa menjadi menteri. Beliau khuatir UMNO akan menjadi parti kecil pada masa akan datang kerana perlu menyerahkan kerusi kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),” katanya.

Namun, katanya, Ahmad Zahid akan terus kekal di kerusi presiden kerana beliau masih mendukung majoriti aspirasi akar umbi parti yang menolak kerjasama dengan Bersatu dan PN.

“Sokongan terhadap PN dan Bersatu ini seolah-olah menggadaikan masa depan UMNO, sebab itu Zahid mahukan jajaran baharu. Beliau dilihat terus mempertahankan masa depan UMNO.

“Seteruk mana pun beliau dikritik dan dikecam, beliau masih survive kerana kepercayaannya kepada pandangan akar umbi, beliau percaya kedudukan sebagai menteri PNAhmad Zahid masih dipercayai tidak akan terjamin.

“Kalau terus sokong PN mungkin UMNO akan hilang perjuangan. Ahmad Zahid tetap perlu buat keputusan, tetapi akhirnya yang kalah nanti jadi abu, yang menang jadi arang,” kata beliau.

Akar Umbi masih percaya Ahmad Zahid Hamidi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ketua Pemuda UMNO nafi ada mesyuarat UMNO malam ini

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker