Ronaldo pemain pertama Eropah jaring 100 gol

Cristiano Ronaldo mencipta sejarah sebagai pemain pertama di Eropah yang berjaya menjaringkan 100 gol di peringkat antarabangsa.

Kapten pasukan Portugal itu mencipta rekod itu ketika menentang Sweden dalam aksi Liga Kebangsaan malam tadi.

Bintang Juventus itu menjaringkan gol menerusi sepakan percuma sebelum permainan berhenti rehat.

Gol kedua perlawanannya menyusul pada minit ke-74 bagi membolehkan Portugal menang 2-0 ke atas lawannya itu.

I managed to beat this milestone of 100 goals and now (I’ll go) for the record,” said Ronaldo. “It’s step-by-step. I am not obsessed because I believe the records come in a natural way.

“When I had this problem in my toe I always knew that I could recover for this second game. I like to be here, with this group of players, coach, staff and knew that they would play well in the first game as our squad is too good and no one is irreplaceable.”

Ronaldo hanya memerlukan lapan gol lagi untuk mencipta rekod dunia sebagai penjaring terbanyak.

Ketika ini pemain Iran, Ali Daei yang membuat penampilan pada 1993 hingga 2006 memegang rekod dunia dengan 109 gol. -MalaysiaGazette

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker