Asyraf nasihat Howard Lee tidak ulang kesilapan petik ayat al-Quran

Setiausaha Agung UMNO meminta Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How agar tidak lagi mengulangi perbuatan memetik atau merujuk ayat-ayat al-Quran dalam memberikan pandangannya berhubung hal berkaitan politik.Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau telah menghubungi Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP itu bagi menjelaskan perkara terbabit.Katanya, langkah itu diambil bagi mengelakkan fitnah dan disalah tafsir hingga mencetuskan polemik yang tidak berkesudahan.

“Saya sudah hubungi YB Howard Lee untuk tidak lagi ulangi perbuatan memetik atau merujuk ayat-ayat Al-Quran dalam memberikan pandangannya dalam hal berkaitan politik untuk mengelakkan fitnah disalah tafsir hingga mencetuskan polemik yang tidak berkesudahan.

“Walaupun perbuatan DAP itu pernah ‘dihalalkan’ oleh kepimpinan Pas waktu bersama dahulu,” tulisnya di laman Facebook.

Pada hantaran sama, Asyraf Wajdi turut berterima kasih dengan Howard Lee yang menerima pandangan serta tegurannya itu.



“Terima kasih saudara Howard kerana menerima pandangan dan teguran saya secara positif,” ujarnya.

Kelmarin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan polis akan merekod keterangan Howard yang dikatakan membuat tafsiran sendiri berkaitan ayat al-Quran dalam masa terdekat.

Siasatan akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman susulan laporan asal atau laporan pertama mengenainya yang dibuat di Balai Polis Jalan Tun Razak.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jalinan Bersatu Sahabat (Jabat) Perak membuat laporan polis bagi mendesak siasatan dijalankan terhadap Howard Lee kerana dianggap menghina Islam.



Presiden Jabat Perak, Amiruddin Mohd. Daud dilaporkan berkata, laporan polis tersebut dibuat bagi meminta siasatan dan tindakan dikenakan terhadap Howard Lee kerana dianggap menghina agama Islam.

Menurutnya, segala hal berkaitan tafsiran ayat-ayat suci al-Quran hendaklah disentuh atau ditafsir oleh mereka yang pakar dalam bidang tersebut apatah orang bukan Islam, namun bertindak menafsirkan ayat di dalam al-Quran yang sekali gus turut menyentuh perkara 3R (agama, raja, kaum).

Malah, Ketua Dewan Pemuda Pas Perak sebelum ini juga turut menyifatkan Howard Lee sebagai kurang ajar dan cuba memprovokasi apabila mendakwa ahli parlimen DAP itu menjadi pentafsir kepada al-Quran dengan memutarbelitkan tafsir ayat 59 surah an-Nisa

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai



Malu apa Ketua Pembangkangku

Bakal suami Puteri Sarah?



Nelissa trauma diraba di set penggambaran

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker