Daim masih disiasat atas kesalahan rasuah, gubah wang haram – Azam Baki

Daim masih disiasat atas kesalahan rasuah, gubah wang haram – Azam Baki

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin masih disiasat atas kesalahan menggunakan kedudukannya untuk suapan rasuah dan kesalahan pengubahan wang haram.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berkata pihaknya tidak menghentikan siasatan terhadap ahli perniagaan itu biarpun pertuduhan di mahkamah sudah dilakukan, kelmarin.

Katanya, Daim masih disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

“Beliau sebelum ini hanya dituduh kerana tidak mengisytiharkan harta mengikut Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009 kerana gagal isytihar harta.

“Tetapi siasatan terhadap kes-kes lain membabitkannya masih dilakukan SPRM lagi. Ia masih belum ditamatkan,” katanya kepada BH, di sini hari ini.

Semalam, Daim dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan gagal mematuhi notis SPRM dengan tidak mengisytiharkan 70 aset dan satu akaun bank.

Daim, 85, atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin didakwa dengan sengaja memberikan satu pernyataan bertulis dengan bersumpah yang tidak mematuhi terma notis di bawah seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 (Akta 694) bertarikh 8 November 2023 yang dihantar kepadanya oleh pegawai SPRM berpangkat Pesuruhjaya dan yang lebih tinggi pada 14 November 2023, dengan tidak mengisytiharkan harta.

Beliau yang memegang jawatan dari tahun 1984 hingga 1991 kelihatan tenang dan hanya menjawab, “faham” dan “minta bicara” selepas tuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azura Alwi.

Semua harta terbabit antaranya tujuh kereta termasuk Mercedes Benz, Jaguar, Austin Morris dan Rolls Royce; 38 syarikat antaranya Ibu Kota Developments Sdn Bhd, Menara Ampang Sdn Bhd dan Avillion Berhad, 25 hartanah dan tanah di bawah syarikat di Kuala Lumpur, Ampang, Raub, Pahang dan Kuala Muda Kedah serta akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN).

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) No.2, Lebuh Wawasan, Presint 7, Putrajaya pada 13 Disember tahun lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] yang boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 jika sabit kesalahan.

Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala pasukan Daim diwakili barisan pendakwaan yang diketuai peguam M Puravalen.

Sebelum itu, isterinya Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, 67, didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini kerana gagal mematuhi notis SPRM dengan tidak mengisytiharkan harta. BH

Daim masih disiasat atas kesalahan rasuah, gubah wang haram – Azam Baki

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai 71 aset Daim yang tidak disytihar

Video lucah ‘Dark Side’ Malaysia serendah RM35

Uqasha ditinggalkan sendirian ketika hamil

Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker