[VIDEO] Majikan Mohon Maaf Pada Umat Islam? Maaf ‘Luka Kami’ Terlalu Dalam!



Sebaran :

Majikan yang didakwa membelasah dua pengawal peribadinya kerana berpuasa pada bulan Ramadan membuat permohonan maaf kepada umat Islam hari ini.

Lelaki berusia 43 tahun itu meminta maaf ketika diiringi dan diapit oleh dua anggota polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

“Sekiranya apa yang saya katakan kepada pengawal peribadi saya menyinggung perasaan sesiapa, saya rasa saya harus minta maaf kepada semua umat Islam di negara ini, kepada Yang di-Pertuan Agong dan dua bekas pengawal peribadi saya.



“Bagaimanapun saya tidak bermaksud menghina sesiapa dengan apa yang saya katakan,” katanya dalam bahasa Mandarin.

Video ucapan pendeknya diterbitkan oleh The Star. 

Gerakan intai lebih kerusi pada PRU15 meskipun kalah semua kerusi sebelum ini

Setelah memohon maaf, lelaki berkenaan yang berada dalam tahanan polis – dibawa menaiki sebuah kereta polis.



Lelaki berkenaan adalah salah seorang daripada empat individu yang direman oleh pihak polis bagi membantu siasatan.

Polis sebelum ini berkata penahanan itu berjaya membongkar aktiviti judi dan sindiket ceti haram atau Along yang dijalankan syarikat milik majikan terbabit.

Pihak polis turut merampas sepucuk pistol dan 10 butir peluru serta rotan yang digunakan untuk memukul kedua-dua mangsa.



Hasil penangkapan tersebut turut membawa kepada penemuan 100 kg jongkong emas dan 12,500 not kertas US$100 dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM28.25 juta

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 324, 298, dan 307 Kanun Keseksaan serta Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 dan Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

 

IPF enggan kerjasama dengan MIC, kekal sokong Umno dan MCA


Sebaran :


Leave a Reply