Gerakan intai lebih kerusi pada PRU15 meskipun kalah semua kerusi sebelum ini


KUALA LUMPUR: Gerakan, yang kalah di kesemua 22 kerusi Parlimen dan 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya pada pilihan raya umum lalu, mahu bertanding di lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Presidennya Dominic Lau Hoe Chai berkata, mereka akan membuat permohonan tetapi menyerahkan kata putus kepada Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN) yang akan menentukan agihan kerusi PRU15 kepada parti komponen.

Namun, ketika bercakap dengan pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat Gerakan di ibu pejabat parti itu di sini, beliau enggan mendedahkan kerusi mana yang ingin parti itu tandingi.

Semua pemimpin negeri telah diarahkan untuk membuat persiapan yang perlu bagi menghadapi PRU15, kata Lau. Powered by Streamlyn Fokus utama Gerakan, tambah beliau, adalah memastikan kemenangan PN pada PRU15.



Gerakan menyertai PN pada 1 Feb lalu.

Penyertaan parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan memperkukuhkan lagi Perikatan Nasional (PN) sebagai sebuah gabungan parti-parti politik yang mewakili pelbagai kaum, agama dan wilayah di negara ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau percaya Gerakan mampu menjadi rakan komponen yang signifikan kepada PN.

“Justeru kemasukan Gerakan adalah tepat pada masanya dalam memperkukuhkan PN sebagai sebuah gabungan parti politik nasional yang menjadi lambang kepelbagaian masyarakat majmuk di Malaysia,” katanya.



Adakah PN beri laluan kepada Gerakan di kawasan Melayu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker