Lelaki ditolak calon PN Lunas dakwa kes belum selesai

Lelaki ditolak calon PN Lunas dakwa kes belum selesai

Lelaki yang didakwa ditolak oleh calon Lunas dari PN Khairul Anuar Ramli mendakwa kes mahkamah terhadapnya masih belum selesai.

Zaharin Osman mendakwa kes yang berlaku pada 2021 itu masih belum selesai di Mahkamah Majistret Kulim.

“Dia (Khairul) menyatakan pada 28 Mac 2023, mahkamah membebaskan dia sedangkan mahkamah hanya melepaskan tanpa membebaskan beliau atas kesilapan teknikal.

“Saya sebagai pengadu tidak disapina sepanjang tarikh-tarikh sebutan di mahkamah dan kes ini belum ditetapkan perbicaraan lagi kerana saya dan saksi tidak pernah disapinakan untuk hadir di mahkamah,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Zaharin mendakwa timbalan pendakwa raya kemudiannya memohon Khairul dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) daripada pertuduhan buat sementara waktu dengan arahan untuk pertuduhan semula.

Malaysiakini sedang menghubungi Jabatan Peguam Negara bagi menyemak status kes ini.

Khairul sebelum ini berkata dia berada dalam perbicaraan mahkamah selama 18 bulan dan dibebaskan daripada pertuduhan pada 28 Mac tahun ini.

Bagaimanapun Zaharin mendakwa kes itu tidak boleh dibawa ke perbicaraan kerana pegawai penyiasat yang mengendalikan kes itu gagal memanggil saksi untuk menghadiri perbicaraan.

Pada 2 Ogos, Khairul (gambar, atas) mendakwa individu dalam video itu – yang didakwa Zaharin – telah melemparkan kata-kata kesat terhadap isteri calon Lunas dan mahu masuk ke pejabat dengan memakai kasut ke dalam pejabat tersebut untuk merampas barang-barang bantuan yang ada.

Dalam pada itu, Zaharin menyanggah dakwaan berkenaan, berkata Khairul telah menafikan haknya untuk mendapat sumbangan barangan tersebut.

“Saya selaku AJK Bahagian Bersatu Padang Serai telah pergi ke Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Padang Serai (“premis tersebut”) untuk mengambil sumbangan barangan asas daripada Parti.

“Walau bagaimanapun, Ketua Bahagian Bersatu Padang Serai; Encik Khairul Anuar Bin Ramli (“Encik Khairul”) telah menafikan hak saya untuk mendapat bantuan sumbangan barangan asas tersebut.

“Pada hari tersebut, Encik Khairul Anuar telah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap saya kerana datang untuk meminta bahagian saya dan ketika saya sedang berada di hadapan pintu masuk premis tersebut, beliau secara tiba-tiba dengan perasaan amarah dengan niat untuk mencederakan saya, telah menolak saya dengan kedua belah tangannya, mengakibatkan saya jatuh ke belakang dan mengalami kecederaan,” dakwa Zaharin.

Katanya, Khairul kemudiannya didakwa pada 12 Sept 2021 mengikut Seksyen 334 Kanun Keseksaan.

Zaharin hari ini berkata dia akan merujuk kes itu kepada SPRM untuk menyiasat jika terdapat pengaruh luar yang melengahkan proses atau melindungi mana-mana individu yang terlibat dalam kes itu.

“Saya juga berharap kes ini dapat diselesaikan dengan kadar segera kerana telah memasuki dua tahun lamanya.

“Di sini saya juga tidak teragak akan menyaman kepada beberapa individu yang telah memburukkan nama saya dan keluarga malahan ada juga ancaman keselamatan kepada diri serta ahli keluarga saya.

“Dengan penjelasan perkara yang berlaku ini, diharap kepada semua pihak mendapat maklumat yang benar dan tepat berkenaan kes yang telah menular di dalam media sosial,” kata Zaharin lagi.

Khairul sebelum ini berkata dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu dan penerbitan media kerana memfitnah selepas video itu tular di media sosial minggu lalu. Mk

Lelaki ditolak calon PN Lunas dakwa kes belum selesai

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Enot dedah dakwaan berkahwin dengan pengkid

Rakan pelawak ‘kahwin’ pengkid, Didie Alias sebak

Bukan saya nak buka aib Enot – Didie luah perasaan

Kenapa saya diceraikan – Adibah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker