Jamal Abdullah tutup kilang

Jamal Abdullah tutup kilang

Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah, 63, mengakui kelahiran anak keempat bersama Datin Zai Izzati Khiruddin, 27, bakal menjadi cahaya mata bongsu mereka.

Jamal berkata, dia memiliki empat cahaya mata sudah mencukupi selain menjelaskan, isterinya dinasihati doktor tidak hamil kerana setiap kelahiran dijalankan secara pembedahan.



“Alhamdulillah, kami sudah ada empat, cukuplah. Doktor pun memberi nasihat dan tidak membenarkan isterinya hamil sebab anak dilahirkan secara pembedahan termasuk anak keempat ini.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kesihatan bayi perempuan dalam kandungan isteri berada dalam keadaan baik,” katanya kepada BH Online.

Mengulas tarikh kelahiran terpaksa diawalkan, Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Mohd Ali berkata, perkara itu diputuskan doktor selepas membuat mempertimbangkan terhadap keadaan bayi dalam kandungan isteri.

Malah, Jamal meluahkan rasa syukur sambutan Aidilfitri akan diserikan dengan kehadiran insan baharu dalam keluarganya.



“Aidilfitri ini saya sekeluarga akan menyambut bersama cahaya mata baharu dijangka lahir secara pembedahan pada 14 April ini.

“Jika diikutkan, saya mahu tarikh 1 April untuk isteri melahirkannya. Ini kerana sempena ulang tahun perkahwinan ke-6.

“Tetapi, doktor maklumkan tarikh ini tidak sesuai dan memberikan tarikh 14 April ini,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan pelancaran lagu raya berjudul Rindu Di Hari Lebaran ciptaan S Atan dan lirik oleh Siso yang diterbitkan FMC Music di Hotel Tenera, Bangi, semalam.

Sementara itu, Jamal berkata, dia sudah menjumpai nama sesuai untuk anaknya selepas membuat penapisan dan menerima pandangan peminat, namun masih belum bersedia mendedahkannya kepada umum.



“Tidak dinafikan, banyak nama cadangan nama diberikan menerusi mesej di Instagram (IG) yang jumlahnya beratus juga. Tetapi, saya sudah dapat nama sesuai dan mempunyai makna baik untuk anak.

“Cuma, nama dipilih ini biarlah saya rahsiakan, buat masa ini. Saya akan umumkan selepas bayi lahir dan sudah ada di depan mata barulah seronok,” katanya.

Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka memiliki tiga cahaya mata, Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani, 2, dan Iskandar Rayyan Yamani yang dilahirkan pada 22 Februari tahun lalu.



Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal memiliki dua cahaya mata, Osama Yamani, 22, dan Ahmad Zaki Yamani, 17. BH

Jamal Abdullah tutup kilang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Rahim Maarof koma dalam ICU



Luke Shaw peluk Islam?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker