Basikal ‘kayangan’ bernilai RM71,272 selamba diletak di luar kedai

Gambar seorang pelancong Amerika Syarikat (AS) menceritakan tentang sebuah basikal kayangan berharga AS$15,000 (RM71,272) yang ditinggalkan tanpa pengawasan di luar sebuah kedai kopi Singapura menjadi tular.

Ia merekodkan lebih 1 juta tontonan di laman X, lapor portal berita VNExpress kelmarin.

Nick Whitaker berkongsi foto basikal Pinarello Dogma F12 berwarna kuning yang disandarkan pada dinding di sebelah kedai kopi itu pada Isnin lalu berserta keterangan: “Kejutan budaya Singapura paling hebat. Basikal AS$15,000 dibiarkan tanpa pengawasan.”



Hantaran itu mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen dengan ramai memuji Singapura sebagai destinasi selamat dan kadar jenayah rendah.

Seorang pengguna media sosial, Saps menulis: “Saya pernah melihat orang di sini menempah tempat duduk medan selera menggunakan iPhone mereka, jadi basikal tanpa pengawasan adalah perkara biasa.”

Ia juga mendapat komen seorang netizen yang berkata: “Apabila saya mula-mula berpindah ke Singapura, saya terpegun melihat rakan yang saya temui di sebuah restoran di pusat bandar untuk makan tengah hari, mening­galkan telefonnya tanpa pengawasan di atas meja semasa kami memesan (makanan) di kaunter dalaman.”

“Jenayah hampir tidak wujud di Singapura,” kata seorang lagi netizen, Asish. – AGENSI



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris



‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)

Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’



Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker