Jangan terima ahli khianat parti jadi calon – Puad

Jangan terima ahli khianat parti jadi calon – Puad

UMNO digesa tidak menerima kembali ahli yang melakukan khianat keluar daripada parti selepas kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu, sebagai calon.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata perkara itu perlu dihentikan tidak kira siapa pun mereka.



Katanya, mereka yang bertindak khianat itu sebenarnya tidak langsung menyumbang kepada pengukuhan dan malu mengaku ahli parti.

Malah, ada masanya mereka ini menyusahkan parti, lalang dan menentang keputusan parti.

“Lebih teruk lagi mereka keluar parti ketika parti susah dan tiba-tiba dicalonkan semula sebagai calon UMNO bila Pilihan Raya Kecil (PRK) atau Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Mereka jadi anak emas,” katanya dalam hantaran di Facebook.



Gesaan itu disuarakan merujuk kepada ahli yang kembali semula kepada parti dan akan memasuki semula selepas melihat kejayaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO dalam PRN di Melaka dan Johor baru-baru ini.

“Hentikan amalan ini tidak kira mereka menteri atau jutawan sekali pun.

“Jangan lukakan hati ahli akar umbi yang setia kepada parti,” katanya tanpa menyebut sebarang nama. BH

Jangan terima ahli khianat parti jadi calon – Puad




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?



Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

Kecantikan Anak Che Ta Macam puteri Zaman Dulu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker