Wanita Maut Ditimpa Serpihan Patung Batu Di Kuil

Wanita Maut Ditimpa Serpihan Patung Batu Di Kuil

Ipoh: Wanita maut selepas ditimpa serpihan patung batu yang terjatuh dari atas bangunan kuil ketika upacara ritual di sebuah kuil di Buntong, di sini, hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrsh Wahid berkata, insiden turut menyebabkan dua lagi wanita cedera ringan.

“Kejadian berlaku di Kuil Arulmigu Visalatchi Sametha Viswanathar Sivalayam Paripalana Sabah, Buntong ketika upacara Sambutan Maha Kumbhabishegam.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Hassbullah Hasan di talian 013-5555585 untuk membantu siasatan.

Sementara itu, difahamkan ketika kejadian terdapat penggunaan mesin jentera kren ketika upacara yang dihadiri penganut agama Hindu itu berlangsung.-HM

Wanita Maut Ditimpa Serpihan Patung Batu Di Kuil

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker