Hanya ada 1 kluster iaitu kluster Umno – Zahid

Hanya ada 1 kluster iaitu kluster Umno – Zahid

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Ahmad Zahid berkata parti itu konsisten menuntut pilihan raya diadakan kerana menghormati mandat rakyat, juga mahukan sebuah kerajaan yang mempunyai keabsahan mandat, dan bukannya melalui percaturan politik.

“Sehubungan itu, kembali kepada rakyat merupakan jawapan bagi memastikan Barisan Nasional, memperolehi mandat baharu dan mutlak daripada rakyat, dan dengan mandat itu insya-Allah, kita akan mengembalikan semula kestabilan dan kemakmuran seperti yang pernah dikecapi sebelum ini,” katanya lapor Bernama.



Beliau berkata demikian pada majlis taklimat khas Presiden Umno yang dihadiri ribuan pemimpin dan ahli parti di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini, dan ucapan beliau turut diikuti hadirin di dua lagi dewan di WTC itu.

Beliau berkata apa yang terjadi kepada bekas presiden Umno Najib Razak sepatutnya menyatukan semua ahli dan bukan memecahkan, dan beliau menyeru semua ahli untuk bersatu sebagai sebuah keluarga besar.

“Jangan ada kluster-kluster. Kita hanya ada satu kluster, kluster UMNO. Ibarat cubit peha kanan, peha kiri terasa sakit,” katanya.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata kesatuan dan perpaduan dalaman parti perlu terus dimantapkan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) yang dakwanya akan menjadi medan untuk parti menoktahkan politik kebencian, dendam dan ugutan.



Sementara itu, Zahid hari ini sekali lagi mengulangi pendirian parti supaya PRU15 diadakan segera.

“Pendirian kita konsisten sejak awal lagi. Jadi janganlah ada pula suara di antara kita sendiri, yang mula menuduh kita gopoh mahukan pilihan raya. Kita tegas dalam perkara ini.

“Ini bukan keputusan Zahid Hamidi atau Tok Mat (Timbalan Presiden Umno Mohamad) Hassan. Ini suara dan keputusan Majlis Tertinggi, Perhimpunan Agung Umno dan Perhimpunan Agung Khas Umno,” katanya.

Terdahulu, taklimat itu bermula dengan siri penjelasan oleh peguam Muhammad Shafee Abdullah, Zaid Ibrahim serta Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said, mengenai Najib.



Selain itu, dua anak Najib iaitu Mohd Nizar dan Nooryana Najwa turut diundang ke pentas bagi memberi ucapan. Turut hadir, isteri Najib, Rosmah Mansor. FMT

Hanya ada 1 kluster iaitu kluster Umno – Zahid


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung

Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]



Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker