Muktamad BN bergerak solo, hanya berunding selepas PRU-15

Muktamad BN bergerak solo, hanya berunding selepas PRU-15

KEPUTUSAN Barisan Nasional (BN) untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah muktamad dan telah diputuskan sebulat suara oleh parti.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, rundingan dengan parti lain yang mahu bersama BN hanya akan dibuat selepas pilihan raya.



Bagaimanapun beliau berharap ahli-ahli BN tidak mempersoalkan setiap keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan sekiranya parti itu perlu bekerjasama bagi membentuk kerajaan kerana apa yang lebih penting adalah kestabilan negara.

“Kita telah buat keputusan pada PRU-15 nanti BN akan bergerak solo, nak berunding lepas pilihan raya.

“Lepas PRU-15 kami akan lihat hala tuju kompas mana nak tubuh kerajaan dan dengan siapa yang beri keuntungan kepada kita.

“Tetapi, kalau menang selesa kita akan tubuh kerajaan secara solo tanpa minta sedekah kepada sesiapa,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis prapelancaran jentera BN Terengganu, di Pantai Penunjuk, Kijal hari ini.

Hadir sama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zamry Abdul Kadir dan Pengerusi BN Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said. E9

Muktamad BN bergerak solo, hanya berunding selepas PRU-15


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib



Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker