PH silap besar bila iktiraf tuntutan Sulu – Najib

PH silap besar bila iktiraf tuntutan Sulu – Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) membuat kesilapan besar apabila mengiktiraf tuntutan Sulu melalui surat Jabatan Peguam Negara.

Menurut Najib, surat tersebut telah digunakan sebagai bukti bagi mengiktiraf tuntutan pewaris Kesultanan Sulu.



“Sebenarnya kesilapan yang paling besar negara di bawah kerajaan PH ialah mengiktirafkan tuntutan Sulu dengan menulis kepada waris Sulu untuk menyatakan rasa kesal dan menawarkan bayaran RM48k untuk settle case.

“Tawaran melalui surat bertulis dari Jabatan Peguam Negara ini dianggap sebagai pengiktirafan tuntutan mereka adalah sahih serta pengakuan salah dan telah digunakan sebagai antara bukti utama di mahkamah timbang tara antarabangsa,” kata Najib.

Najib berkata demikian berikutan beberapa pemimpin PH menyalahkan beliau kerana menghentikan pembayaran RM5,300 setahun kepada waris Sulu selepas kumpulan itu menceroboh Sabah pada 2013.

Menurut Najib, beberapa pemimpin PH pernah memberikan sokongan kepada beliau ketika menjadi Perdana Menteri untuk memberhentikan pembayaran kepada waris Sulu.



“Saya baca beberapa komen dari pihak sebelah sana yang cuba salahkan saya atas isu kekalahan kes bernilai AS$14.92b (RM66 bilion) kepada waris Sulu sebab kerajaan BN masa saya PM hentikan bayaran RM5,300 setahun setelah pengganas Sulu mencerobohi negara dan membunuh wira Malaysia dengan amat kejam.

“Tapi mereka tak ingat pula siapa yang pernah juga sokong kita hentikan bayaran termasuk mendiang Karpal Singh, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Ahli Parlimen DAP, Chan Foong Hin,” kata Najib.

Tambah Najib, waris Sulu tidak berani untuk memfaikan saman terhadap Kerajaan di bawah pemerintahan Barisan Nasional dari tahun 2015 hingga 2018.

Bagaimanapun selepas kerajaan bertukar dan Pakatan Harapan mengambilalih kepimpinan, waris Sulu telah mengupah peguam untuk menyaman Malaysia di Mahkamah Antarabangsa.



“Kerajaan PH termasuk PPBM masa itu tak hantar peguam untuk melawan dengan alasan bahawa pertikaian antara Malaysia dan pihak yang menuntut bukanlah kontrak komersial dan dengan itu tidak tertakluk kepada timbang tara.

“September 2019, biarpun kata tak iktiraf saman tersebut, Peguam Negara kerajaan PH tulis surat kepada waris Sulu dengan mengaku Malaysia kesal dengan pemberhentian bayaran dan menawar untuk bayar “tunggakan” dari tahun 2013 hingga tahun 2019 berjumlah RM48,300 bagi menyelesaikan kes.

“Luar biasa bodoh sebab sendiri kata tak iktiraf prosiding mahkamah tapi tulis surat untuk settle, sendiri mengaku salah serta mengaku kesal dan mahu selesai kes dengan pampasan hanya RM48,000 sedangkan waris Sulu sudah upah peguam asing yang mahal untuk tuntut pampasan berbilion dolar,” kata Najib.

Natijahnya, pada Mac lalu peguam waris Sulu menggunakan surat Peguam Negara kerajaan PH sebagai bukti dalam mahkamah.



Malaysia telah kalah kes dan disuruh membayar AS$14.92 bilion kepada waris Sulu. MG

PH silap besar bila iktiraf tuntutan Sulu – Najib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




SM Faisal tuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri

Nora buat pembedahan besarkan payu dara



Yazmin Aziz cium pemain bolasepak Kelantan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker