Pemilihan UMNO: Keputusan RoS penentu sebelum atau selepas PRU15

KUALA NERANG – UMNO harus menerima apa jua keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung permohonan meminda perlembagaan berkaitan pemilihan parti itu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ini kerana RoS sehingga kini belum memutuskan sama ada menerima atau menolak usul yang diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Khas parti itu.

Bagaimanapun katanya, hanya ada dua kemungkinan yang akan berlaku kepada UMNO selepas RoS membuat keputusan berkenaan, iaitu sama ada pemilihan parti diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya permohonan diluluskan atau pemilihan diadakan sebelum PRU15 jika berlaku sebaliknya.

“Ada dua sahaja risiko, sama ada diluluskan atau tidak diluluskan, itu sahaja. Kalau tidak lulus pemilihan perlu buat, selepas itu baru pilihan raya.

“Kalau lulus mungkin boleh pilihan raya dahulu baru buat pemilihan,” katanya pada sidang akhbar selepas hadir majlis taklimat khas Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (Prospek) Pedu, di Kampung Padang Setol di sini pada Khamis.

Mahdzir berkata, sebarang keputusan bergantung kepada RoS yang kemungkinan diputuskan selewat-lewatnya pada Sabtu ini.

“Setakat ini kita tidak dapat lagi keputusan, ada orang lawan teka sekarang ini, pada saya tak perlu keterlaluan, kita tunggu keputusan. Bila keputusan keluar, pada waktu itu kita terimalah apa yang diputuskan,” katanya.

Sebelum ini, RoS dalam kenyataan berkata, keputusan berhubung permohonan pindaan Perlembagaan UMNO akan diketahui selewat-lewatnya 16 Julai ini, melibatkan pindaan Fasal 10.16 Perlembagaan UMNO yang memberi tempoh untuk parti melanjutkan pemilihan dalam tempoh enam bulan selepas pilihan raya umum.

Pada 15 Mei lalu, seramai 2,586 perwakilan UMNO daripada 192 bahagian seluruh negara menghadiri PAU Khas dan sebulat suara meluluskan usul pindaan terbabit.

Dalam pada itu, Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memiliki kebijaksanaan untuk berdepan sebarang kemungkinan berhubung perkara itu.

Mengulas mengenai saranan Pemuda UMNO yang mahu Parlimen dibubarkan sekiranya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berterusan mendesak diadakan jawatan Timbalan Perdana Menteri, Mahdzir berkata, pelantikan itu adalah hak prerogatif Ismail Sabri.

“Jawatan Timbalan Perdana Menteri itu prerogatif Perdana Menteri, termasuk pilihan raya pun hak beliau juga.

“Pemuda UMNO boleh desaklah tetapi bagi saya untuk lantik Timbalan Perdana Menteri ini hak prerogatif Ismail Sabri, jadi biarlah beliau yang putuskan” katanya.

Menurutnya lagi, biarpun terdapat sebarang memorandum persefahaman (MoU) atau perbincangan berhubung isu terbabit, Perdana Menteri berhak menentukan mengikut kebijaksanaan beliau.

“Biar beliau putuskan walaupun ada MoU atau apa sekalipun. Beliau ada laporan dan tahu apa yang berlaku di persekitaran dan peringkat antarabangsa, jadi Ismail Sabri boleh putuskan berdasarkan kepada maklumat yang ada,” katanya

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SM Faisal tuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri

Nora buat pembedahan besarkan payu dara

Yazmin Aziz cium pemain bolasepak Kelantan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker