Selain Lisa Blackpink, 4 Bintang Korea Ini Pernah Menjadi Mangsa Gangguan Seksual

Gangguan seksual adalah salah satu perkara yang paling ditakuti oleh semua orang. Hal ini boleh menyebabkan trauma untuk jangka masa yang panjang.

Beberapa K-Pop idol pernah menjadi mangsa gangguan seksual. Anda ingin tahu siapakah K-Pop idol yang dimaksudkan? Scroll sampai habis okay!

Nancy Momoland



Pada Januari 2021, foto Nancy Momoland sedang menukar pakaian telah tersebar di atas talian. Perkara itu dengan segera telah dinafikan oleh agensi Nancy dan mengatakan bahawa foto itu telah diedit.

Foto itu diambil ketika Nancy Momoland menjadi emcee untuk Asia Artist Awards 2019 di Vietnam. Pelaku yang mengambil gambar Nancy secara rahsia merupakan kakitangan agensinya sendiri. Hal itu juga menyebabkan Nancy mengalami deep trauma secara mental.

Lisa Blackpink



Lisa Blackpink dan rakan-rakannya menjalani photoshoot di MQQN Cafe, Bangkok, Thailand pada Januari 2019. Selepas Lisa Blackpink menghabiskan photoshoot, pemilik kafe tersebut menyatakan bahawa dia ingin menjual kerusi yang diduduki oleh artis YG Entertainment.

via Khaosod English

Bukan itu sahaja, pemilik kafe itu juga mahu menjual gelas, sudu, pisau, napkin, dan sisa makanan yang ditinggalkan oleh Lisa Blackpink di atas talian.

Hal ini menyebabkan peminat Lisa bertindak mengecam dan memboikot kafe tersebut kerana menimbulkan gangguan seksual secara lisan.

Goo Hara



Kes gangguan seksual yang dialami oleh bekas ahli kumpulan KARA ini telah menimbulkan kemarahan orang ramai. Hal ini kerana bekas teman lelaki Goo Hara mengugut untuk menyebarkan video intim mereka kepada orang ramai. Bukan itu sahaja, Bekas teman lelakinya juga mengugut sejumlah wang dari Goo Hara.

Namun, Goo Hara ditemui mati pleh pembantu rumahnya pada 24 November 2019. Ramai yang menduga bahawa kematian penyanyi kelahiran 1991 ini adalah disebabkan oleh tekanan yang diterima dari teman lelakinya dan juga orang ramai.

Jang Ja Yeon

Salah seorang pelakon drama Boys Over Flowers, didapati membunuh diri pada tahun 2009. Jang Ja Yeon juga menulis surat yang mendedahkan kisah hitam mengenai agensinya di Korea Selatan.



Jang Ja Yeon turut menyebut 31 nama agensi pengurusan tertinggi The Contents Entertainment, agensi tempatnya berlindung, yang melakukan gangguan seksual terhadapnya.

Pada April 2019, sebuah rakaman suara Jang Ja Yeon tersebar yang mengakui trauma dengan dengan gangguan yang menimpanya, dan juga ugutan lain yang mengejutkannya.-Murai.my

“DIA MEMANGGIL SAYA TERLEBIH DAHULU DAN MENYATAKAN BAHAWA MEREKA AKAN DATANG UNTUK MEMBUNUH SAYA.”- KATA JANG JA YEON MELALUI RAKAMAN YANG DIRAKAM LIMA HARI SEBELUM KEMATIANNYA.

Baru 4 jam dilancar, ‘How You Like That’ daripada Blackpink raih 20 juta tontonan(Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker