Kerajaan PAS Kedah lulus cuti peristiwa Thaipusam

Thaipusam – Gambar Hiasan

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah meluluskan pemberian cuti peristiwa pada 25 Jan ini bersempena sambutan Thaipusam.

Menteri Besar Sanusi Md Nor berkata kelulusan itu dipersetujui menerusi mesyuarat exco hari ini.

“Tahun lepas pun bagi (cuti), tahun ini pun bagi dan kita umumkan lebih awal…bolehlah penganut Hindu di negeri ini bercuti dan orang lain juga boleh bercuti,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Darul Aman.

Sementara itu, katanya mesyuarat juga bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa ‘The Greater Kedah’ sebagai badan untuk menyediakan laporan pencapaian kerajaan negeri secara tahunan atau suku tahun.



“Jawatankuasa The Greater Kedah akan mengurus dan menyatukan data semua aktiviti kerajaan serta anak syarikat yang akan sediakan laporan tahunan atau suku tahun untuk kita maklumkan kepada orang ramai tentang pencapaian semasa (kerajaan negeri) dalam semua sektor.

“Sebelum ini ia (data) berselerak, ada di sektor industri, sukan, pendidikan. Lepas ini semua data dikumpul akan dianalisis, dibuat sektor-sektor yang memberi penekanan kepada usaha mencapai The Greater Kedah,” katanya.

Menurut Sanusi, jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri Dr Haim Hilman Abdullah, selain turut dianggotai pakar dalam pelbagai bidang yang bakal dilantik sebagai ahli jawatankuasa dan pegawai.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf



Suami isteri merupakan guru dan doktor ditemui mati di kondominium

Suami tak sedar diri ambil harta saya beri perempuan lain – Hajar (Video)



Pak belang muncul di Jalan Kuala Balah-Dabong

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker