23 Tahun Tak Pernah Keluar ‘Dating’, Pemuda Ini Beli Papan Iklan Gergasi Untuk Cari Kekasih

23 Tahun Tak Pernah Keluar ‘Dating’, Pemuda Ini Beli Papan Iklan Gergasi Untuk Cari Kekasih

SEORANG lelaki yang tidak pernah keluar date sebelum ini telah memaparkan wajahnya pada papan iklan gergasi dalam usaha mencari cinta.

Ed Chapman, 23, dari Leeds, United Kingdom tidak pernah mempunyai kekasih sepanjang hidupnya walaupun bertahun tahun mencuba pelbagai cara untuk mencari cinta.



Ini termasuklah menggunakan aplikasi temu janji atau pergi ke bar.

Oleh itu, pencipta kandungan itu memutuskan untuk mengiklankan dirinya menerusi papan iklan gergasi di Leeds.

Papan iklan tersebut mempunyai alamat e-mel untuk orang ramai menghubunginya.

“Saya mencapai usia di mana saya fikir saya sekurang-kurangnya sepatutnya mempunyai date sebelum ini.



“Tetapi saya single sepanjang 23 tahun saya dan saya bersedia untuk mencari seseorang yang diharapkan untuk menjalinkan hubungan.

“Saya telah mencuba beberapa aplikasi dating, tetapi ia tidak berjalan lancar, jadi saya memutuskan untuk mencuba sesuatu yang berbeza dan fikir mempunyai papan iklan saya sendiri akan menjadi cara yang baik untuk bertemu seseorang,” katanya.

Ed berkata, papan iklan itu sudah membuahkan hasil setelah menerima ‘beberapa mesej’ daripada wanita berusia antara 18 dan 48 tahun.

23 Tahun Tak Pernah Keluar ‘Dating’, Pemuda Ini Beli Papan Iklan Gergasi Untuk Cari Kekasih



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tawaran 47 kerusi untuk PAS daripada Bersatu, ‘Allah jadi saksi saya’ – Asyraf Wajdi



Lelaki mengamuk di restoran tomyam ditahan

Nora Danish ‘belanja’ apa tu?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker