COVID-22 Varian Yang Lebih Bahaya Daripada Delta

COVID-22 Dijangka Hadir Sebagai Varian Yang Lebih Bahaya Daripada Delta

Sejak mulai pandemik COVID-19 menyerang dunia, wabak ini seolah menunjukkan tiada tanda berhenti setakat ini. Kehadiran varian terbaru seakan melambatkan lagi proses memutuskan rantaian wabak ini.

Di sangka varian Delta sudah cukup merbahaya, laporan daripada Insider Paper melaporkan pakar imunologi menjangkakan varian terbaru yang dinamakan sebagai COVID-22 bakal menyerang dunia. Lebih merisaukan ramai, varian baharu ini dikatakan lebih merbahaya daripada varian Delta.



Difahamkan varian ini terhasil menerusi mutasi daripada pelbagai varian sedia ada dan didakwa orang ramai mungkin memerlukan altenatif selain daripada bergantung kepada vaksin sahaja.

Menurut Profesor Doktor Sai Reddy, selaku pakar imunologi di institut ETH Zurich, mereka yang belum mendapatkan suntikan vaksin berpeluang menjadi super spreader bagi varian Delta. Dalam erti kata lain, kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah juga berpeluang membawa wabak ini.

Sementara itu, beliau mendakwa dalam usaha untuk meningkatkan antibodi, mendapatkan suntikan dos ketiga antara yang dicadangkan. Setakat ini, masih belum terdapat varian COVID-22 direkodkan pada pesakit wabak merbahaya ini. Vc

COVID-22 Varian Yang Lebih Bahaya Daripada Delta




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mohd Alwi minta MP Umno usah ‘overdose’ kerumun PM



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker