Bahagian Paling Banyak ‘Simpan’ Bakteria Dalam Kereta Yang Buat Anda Serik Tidak Makan Lagi

Bahagian Paling Banyak ‘Simpan’ Bakteria Dalam Kereta Yang Buat Anda Serik Tidak Makan Lagi

BAHAGIAN dalam kereta anda mungkin lebih kotor berbanding tandas menurut penyelidikan dari Universiti Aston di Birmingham, England.

Tempat duduk pemandu dan but adalah bahagian yang mempunyai tahap pencemaran bakteria paling tinggi. Lebih menakutkan pada bahagian itu didapati mengandungi bakteria daripada najis.

Kajian itu turut menunjukkan bahawa tahap pencemaran bakteria tertinggi ditemui di dalam but kereta (1,425 bakteria dikenal pasti) dan di tempat duduk pemandu (649).

Bahagian stereng pula paling kurang tercemar iaitu dengan 146 bakteria ditemui – yang menunjukkan kesan positif penggunaan pembersih tangan sejak pandemik Covid-19 melanda dunia.

Lebih membimbangkan, semua kereta yang terlibat dalam kajian itu mengandungi bakteria najis di dalam but dan di tempat duduk pemandu manakala kereta yang lebih berusia mencatatkan jumlah kuman paling tinggi.

Hasil kajian ini juga,mungkin membuatkan kita perlu mempertimbangkan semula tabiat makan di dalam kereta atau perlu memastikan bahawa sentiasa mencuci tangan dengan bersih dan elak mengutip makanan yang jatuh di atas karpet kereta aatau tempat duduk.

Begitu juga dengan barang-barang segar yang dibeli dan diletakkan di dalam but perlu dibersihkan sebelum dimakan terutamanya jika ia menyentuh permukaan dalam but.

Untuk menjayakan penyelidikan ini, penyelidik mengambil sampel daripada pelbagai bahagian kereta jenis Peugeot 307-SW, VW Golf, Ford Focus, Honda Jazz dan Peugeot 308 untuk menentukan tahap pencemaran bakteria.

Bahagian Paling Banyak ‘Simpan’ Bakteria Dalam Kereta Yang Buat Anda Serik Tidak Makan Lagi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker