Bakal pengantin tak lengkap vaksin dikompaun, diarah patah balik

TUMPAT – Hajat sepasang kekasih untuk melangsungkan perkahwinan di Pasir Mas di sini terbantut apabila mereka yang belum lengkap dua dos vaksin diarah berpatah balik semasa tiba di sekatan jalan raya (SJR) Batu Melintang, Jeli hari ini.

Lebih malang, lelaki berusia 44 tahun dan kekasihnya 39 tahun dari Perak itu masing-masing turut dikenakan kompaun RM2,000 kerana mereka tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa perjalanan rentas negeri.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, kejadian pada pukul 12 tengah hari itu berlaku semasa anggota polis yang bertugas di SJR itu meminta pasangan tersebut mempamerkan sijil vaksinasi, namun kedua-duanya masih belum lengkap dua dos vaksin Covid-19.

“Berdasarkan keterangan, mereka sedang dalam perjalanan dari Perak menuju ke Pasir Mas untuk melangsungkan majlis akad nikah.

“Mereka memberikan pelbagai alasan malah turut berkeras untuk meneruskan perjalanan ke Pasir Mas sehingga polis terpaksa mengeluarkan kompaun RM2,000 dan mengarahkan mereka berpatah balik ke Perak,” katanya kepada pemberita selepas Program Pematuhan Covid-19 Fasa 2 di Pantai Genting di sini hari ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siang kutip sampah malam jadi perogol

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker