Pelajar dicabul ketika pergi sekolah

Pelajar dicabul ketika pergi sekolah

KUALA LANGAT – Seorang pelajar perempuan berdepan detik cemas apabila dikatakan dicabul pada bahagian sulitnya ketika menuju sekolahnya di Sungai Jarom oleh lelaki bermotosikal dalam kejadian di Jalan Haji Masjoyo, Jenjarom di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 11 pagi melibatkan mangsa berusia 14 tahun yang merupakan pelajar tingkatan dua tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 11.15 pagi daripada bapa mangsa dengan siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal bersendirian dalam perjalanan ke sekolahnya.

“Mangsa telah diekori oleh suspek seorang leaki yang tidak dikenali yang juga menaiki sebuah motosikal.

“Suspek yang datang dari arah belakang kemudiannya telah meraba bahagian sulit mangsa dan terus beredar dari lokasi kejadian. Jarak lokasi kejadian dengan sekolah mangsa adalah kira-kira lima kilometer,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. K Online

Pelajar dicabul ketika pergi sekolah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan

Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen

Saya redha diceraikan Rosland

“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker